Tuesday, July 13, 2010

--tatapan--

Rupanya bila dah masuk pangkal 2 ni, ada lagi yang masih buat drama. Jangan nak berdrama sangat, cerita kamu bukannya bagus sangat. Jadi pengarah jadi pelakon memang lah best, tapi lambat laun orang makin jelik.

Disebabkan di kampus, aku tidak dapat online, jadi aku terpaksa mencari idea bagaimana ingin membuat entri baru dan seterusnya. Kamu semua dijemput hadir ke tayangan filem pendek pada esok malam di Pancha Delima. Tak sabar nak nantikan filem pendek dari Bin Filem.

Selamat hari lahir untuk Belle. Maaflah tak dapat nak hadir untuk sambutan, sebab saya tak berapa senang dengan boyfriend awak. Love.

Sesiapa yang pernah mencarut pada aku tentang Spain sebelum ini, aku diam sambil tersenyum bangga pada kamu. (gelak memuki)

Semester kali ini, entah kenapa masing-masing malas nak pergi ke kelas. Mungkin awal lagi. Mungkin-mungkin-mungkin. Aku tak sabar nak nantikan filem pendek dari rakan-rakan aku dari kelas skrin dan juga loverboy. Kalau mahukan bantuan dari segi lain, tangan dan kakiku sanggup ku hulur.

P/s : Gambar tiada kena mengena dengan entri.

No comments: