http://www.emailcashpro.com

Sunday, July 18, 2010

Tempoh edah

Alhamdulillah. Syukur yang amat. Aku tersenyum bahagia saat ini. Bagaikan berlian di depan mata. Tuhan itu mendengar. Mendengar rintihan seorang hamba yang sering kali membuat dosa, tetapi diampuni juga. Masih lagi memberi ganjaran.

Alhamdulillah. Syukur nikmat.

Atas sokongan, dan doa dari seorang ibu, rakan-rakan dan diri sendiri, sekarang hati aku terasa lapang.

Di dalam masa tiga hari ini, diberi tempoh edah. Kami bukan bercerai, tetapi mengambil masa untuk diri sendiri. Memikirkan apa silap masing-masing, dan sejauh mana kasih sayang kami berdua.

Alhamdulillah.

Aku tahu dia tidak mahu melepaskan, dan aku tahu dia masih mencintai.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sanggup mendoakan kebahagiaan kami berdua. Aku tahu kamu semua tidak mahu kami berdua putus di tengah jalan. Kalau dulu aku tidak percaya kepada jodoh, tetapi sekarang aku percaya. Terima kasih kepada Syu dan Wani kerana melapangkan dada ini dengan sedikit ilmu agama yang mampu menenangkan hati ini dan fikiran yang bercelaru.

Sesungguhnya Tuhan itu sahaja yang kita patut agungkan dan tinggikan darjatnya. ALLAH adalah tempat kita mengadu, dan kepada DIA kita meminta. Insyallah, ganjaran akan diberikan jika niat kita itu baik. Insyallah.

No comments: