http://www.emailcashpro.com

Saturday, July 24, 2010

Hei kitty kitty

Selama seminggu dalama hari harian, aku rasa Jumaat merupakan hari yang betul betul aku belajar disebabkan leturer yang tidak dapat lari atau menipu untuk minta tolong member untuk tanda tangankan.

Teater Uda & Dara boleh tahan. Mampu membuat aku menangis ketika Razali mati. Razali ya bukan Uda. Memandangkan aku tidak pernah melihat Razali secara berdepan, dan ini merupakan kali pertama, teruja aku bukan main. Apatah lagi ketika dia approve aku di Facebook.

Esok aku akan mendapat phone baru, dan masa inilah aku gigih untuk mencari di internet.

Alhamdulillah aku masih mempunyai kawan-kawan yang sentiasa memberikan sokongan, apatah lagi Mummy yang teruja bila aku balik. Padahal Isnin aku tak ada kelas hingga Selasa, tetapi kenapa Puan Umi berdengki terhadap kami untuk membuat kelas ganti pada hari Isnin jam 830 pula tu?

W : Lagi satu I rindu you, selalu bangun pagi I tengok muka you, tapi hari ni tak. Hmmm...sedihnya

Kesian loverboy yang terpaksa bermatian berperang dengan sakit pinggang sedangkan esok dia berlakon menjadi guru silat dalam geng bas sekolah. Alhamdulillah rezeki dia makin murah memandangkan ramai orang panggil dia untuk membantu dalam bahagian teknikal. Dapat duit lebih boleh pergi holiday kan baby?

Kakak loverboy dah approve aku menjadi adik ipar. Ehhhh (senyum gedik)

Dah lama tak singgah Mc'D Seksyen 3. Dah lama tak singgah Induk (yang sentiasa membenarkan kenderaan aku masuk sebab ada stiker, tapi lain pula dengan Puncak). Pak guard sekarang pandai main clam, walaupun kenderaan dibenarkan masuk hingga jam 830 malam. Kenapa engkau begitu rajin untuk clam kereta orang haaaa? Dan tempat letak kereta depan kolej itu untuk apa kalau bukan untuk kereta haaaa?

Terpaksa parking di blok IS memandangkan surat dah letak atas kereta aku.

KEPADA SEMUA KENDERAAN PELAJAR YANG PARKING DI HADAPAN KOLEJ PUNCAK PERDANA. ANDA SEMUA TIDAK DIBENARKAN UNTUK MELETAKKAN KENDERAAN ANDA DI HADAPAN KOLEJ, KERANA PIHAK POLIS AKAN MENYAMAN ANDA APABILA SURAT INI DIKUATKUASAKAN. HARAP SEMUA PELAJAR PARKING DI BELAKANG BLOK IS.

Ok macam tak jauh pula -.-

No comments: