http://www.emailcashpro.com

Friday, July 16, 2010

Pelakon handal

Walaupun aku sentiasa gelak ketawa, tak bermakna aku cuba peluk sekuat hati aku. Aku cuba untuk peluk sekuat-kuatnya. Kalau terjelupuk jatuh, aku saja yang mengutip, bukan kau.

Memang.

Kalau di rumah, barangkali aku akan duduk dalam bilik dan menangis di ceruk bilik sambil mengilai. Kalau di sini, aku mengawal emosi dan cuba untuk teruskan kehidupan. Mana satu yang lebih baik?

Aku menangis depan dia, tetapi depan rakan-rakan aku lari. Aku lari secepat yang mungkin. Sebab apa? Sebab mungkin kata-kata mereka mampu memberi kesan atas keputusan aku sendiri. Tidak pun, aku tidak mahu dipandang sebagai orang yang minta simpati. Am not like that person.

Biarlah orang nak kata hipokrit, asalkan aku mampu nak pergi ke kelas, makan ke Kandang walaupun dalam hati "minta-minta tak terserempak"

Padahal tadi depan mata, berpandangan sekejap. Aku berpaling ke arah lain. Nanti lagi sebak.

Mummy kata "You are strong girl. Kalau give up, bukan lah Mariana Shahira anak mummy"

Ya memang. Biarlah aku begini. Menangis seorang diri, dari menangis depan orang asing.

Masih lagi menanti petunjuk dari Allah. Kelihatan sedikit demi sedikit, tetapi semuanya meracuni aku. Tak fikir tentang masa depan? Tak fikir bagaimana aku akan sakitkan diri lagi?

Aku mengaku, masih lagi sayang masih lagi cinta.

No comments: