http://www.emailcashpro.com

Thursday, July 15, 2010

Jawapan dari Allah

Siapa sangka semua benda ni akan terjadi. Di atas sebab aku tidak pandai mengawal emosi, akhirnya aku sendiri yang sakit. Bak kata pak cik, 'funeral in your heart'.

Semalam sekali lagi aku meraung sekuat hati atas sejadah, menyebabkan rakan sebilik semuanya diam membisu. Takut ingin bertanya. Selepas solat, mengelap air mata. Kemudian terus naik atas katil. Kawan masih diam membisu. Semuanya buat tidak tahu, kerana tidak tahu bagaimana ingin bertanya.

Aku cuba buat tak tahu. Aku cuba untuk menangis atas sejadah sahaja, bukan atas katil. Berdenyut-denyut hati ini. Nafas pun tinggal separuh. Aku memandang ke arah dinding dan siling.

"Kenapa aku ni gampang sangat?" kata hati
"Mungkin dia akan cari, selepas dia mula rasa rindu" kata kepala

Sekian lama aku menanti jawapan dan petunjuk dari Allah.

Tak semua yang aku genggam , akan kekal lama. Macam ni sajalah, memang tak kekal.

Semuanya dah berakhir. Berkecai macam itu sahaja. Sedang cuba berfikiran waras dan tak mahu emosi mempengaruhi keputusan.

No comments: