http://www.emailcashpro.com

Friday, June 18, 2010

Tak mampu

Selama dia berada di rumah, mummy dan Aiman semacam bahagia. Begitu riuh berbicara. Begitu senang mendampingi. Aku terasa sebuah keluarga yang bergantung atas kasih sayang seorang lelaki yang belum aku kahwini, Wan Mohd Firdaus.

Kini dia berada di Perak. Berat hati ingin melepaskan. Selama empat hari dia bersama, bahagia dia lain macam. Bukan macam berkepit selalu. Bukan macam sudah lama tak berjumpa. Tapi..bahagia yang sukar diungkapkan.

Aku tak mahu berharap. Cuma mahukan dia akan kekal bersama keluarga. Kekal bersama dengan cinta aku yang berikan. Kekal. Kekal.

W : I nak menangis tadi, tapi I cool je

Dia memang berlagak macho.

Satu malam aku merajuk. Dia sibuk membuat muka comel. Aku memuncungkan mulut. Aku tak mampu nak menahan.

W : Jangan lah buat I geram

Walaupun kadang kala dia kasar, tapi dia tahu bagaimana ingin mengambil hati.

Tak mampu nak menahan, bahawa aku memang begitu sayangkan kau.

2 comments:

Mohamad Hj Yawmon said...

saya tumpang gembira!

omgpetch said...

u rebonding blk ke? ;p