http://www.emailcashpro.com

Sunday, June 20, 2010

Menangis ketika mandi

Bangun pagi, terus tonton Melodi sebab tidur atas sofa. Tidur ramai-ramai dekat ruang tamu. Kemas rumah. Naik bilik. Masuk bilik air dan mandi.

Termenung.

Kemudian kelopak mata jadi sakit, sebab air mata meleleh. Sakit. Kemudian aku membongkok, menganga mulut. Air mata dengan air shower, tak tahu mana bezanya. Cuma sakit, sebab hari ini Hari Bapa.

Tak suka, bila dalam keadaan macam ni aku ingin mengadu pada Tuhan, aku period. Masih lagi menangis ketika keluar dari bilik air. Aku rasa menyesal membuat panggilan. Aku rasa menyesal kenapa harus menangis ketika bercakap dengannya. Aku rasa menyesal kenapa aku masih degil untuk membuat panggilan, dan aku tahu bahawa aku tidak akan mendapat apa-apa respon sekali pun.

Aku bergantung atas kasih sayang seorang bapa yang bernama Wan Ahmad. Bapa kepada Wan Mohd Firdaus. Aku bergantung atas kasih sayang seorang bapa yang bernama Saiful Bahrin yang merupakan pak cik aku. Aku bergantung atas kasih sayang seorang bapa yang bernama Esa yang merupakan atok sehidup semati aku.

Aku cuba lari. Aku cuba pekakkan. Aku cuba padam. Dari semua ucapan orang lain kepada bapa masing-masing. Bagaimana mereka menceritakan pengorbanan serta gelak tawa mereka bersama. Aku jadi cemburu dan marah. Aku lari.

Aku melihat Aiman. Rasa sayu, dan gergaji sedang memotong hati. Kepala jadi berat. Kemudian satu. Satu terlintas.

"Aku kena teruskan hidup dan bahagiakan keluarga. Cukup begini. Cukup sederhana. Biar. Biar sengsara sekarang. Kemudian hari kejayaan akan dapat pada masa hadapan"

Walaupun marah, tapi sebak tak boleh hilang. Aku benci. Benci. Benci.

Selamat Hari Bapa sedunia.

No comments: