http://www.emailcashpro.com

Sunday, June 13, 2010

Kolam ikan

Dua hari lepas, aku sempat mengambil gambar kolam ikan, dan gerai minum di Karak kepunyaan atok dan wan. Kalau awak-awak semua berminat nak memancing boleh lah datang sini. Untuk sejam RM15. Kalau nak lagi mencabar bulan 7 ini, ada pertandingan memancing di sini. Datanglah ramai-ramai. Sebab nanti ada persembahan dan sebagainya (tertanya siapa yang nak buat persembahan ni)

Inilah kolam ikannya. Paling banyak ikan patin. Ada juga ikan keli. Dua hari lepas aku baru nampak macam ada anak naga. Aku tak tipu. Serius (muka serious)Sebelum nak ke kolam ikan, perlulah melepasi gerai minum. Kalau haus tekak boleh beli air. Kalau perut berbunyi, boleh minta wan masak. Lepas tu akan jalan dekat jeti yang kecil itu. Aku bila naik situ, rasa nak roboh ada.
Itu dia wan bersama dengan adik aku paling kerek, Aiman.
Dia ni berlagak je konon pandai memancing.Ini dia atok aku. Hero malaya. Dulu atok gemok. Sekarang atok kurus. Nak tahu sebab apa? Sebab sakit jantung akibat hisap rokok sebanyak dua kotak sehari. Kepada sesiapa yang kata "Alaaa kalau sakit pun, kenapa tak sakit sekarang" Tunggulah bila kau dah tua nanti, baru kamu semua menyesal. Atok beri pesanan "Suruh boyfriend awak tu berhenti hisap rokok. Nanti jadi macam atok"

Dengar tu ya wanfi?
Ini dia ikan patin. Selepas berjaya menangkap tiga ekor patin yang fresh, malam itu kami mengadakan barbeque memanggang ikan. Sedap. Aku rasa inilah pertama kali, aku melihat isi ikan yang begitu suci dan bersih. Cantik sangat.

Aku : Wehhhhhhhhhhhhh, ikan ni virgin

Ok berhenti.

No comments: