http://www.emailcashpro.com

Tuesday, June 1, 2010

Surat untuk angin

Mungkin betul apa kata loverboy.

W : Tak semestinya you nampak diaorang sweet, selalu bersama, diaorang bahagia

Mula-mula aku sangkal. Sebab aku fikir, memang benda itu sweet. Satu perangai aku yang susah nak elak, bila lihat gambar couple yang comel-comel, sweet-sweet. Ok,walaupun aku ada. Tapi aku tak mahu tunjuk. Sebab aku dengan loverboy punya sweet, gangster-punya-sweet. Faham tak?

Memang susah kita nak jangka, orang yang kita sangka 'bahagia' rupanya sengsara. Mungkin aku ambil benda itu sebagai satu pengalaman. Pengalaman yang kadang-kadang makan diri sendiri.

Senang, kau jujur dengan hati engkau, mungkin hubungan itu akan berkekalan. Insyallah. Siapa yang sangka bukan? Macam aku cakap sebelum, aku tak pernah nak percaya dalam jodoh untuk perhubungan. Bukan lawan takdir, tapi ini hakikat.

--

Orang tak faham dan tak akan pernah mengerti apa sebenarnya yang aku lalui. Sesak nafas.

Kadang-kadang bila mahukan sokongan, sampai bila. Aku sendiri yang kena bangkit, dan bangkitkan yang lain. Kalau aku jatuh, jatuh lah semuanya. Aku tak kisah jika aku menjadi pencari rezeki, atau pelindung keluarga. Sebab itu memang dah diajar sejak dulu lagi.

Ai never leave my family behind.

Dan ai tak pernah nak kata ai seorang yang ada masalah, sedangkan kawan ai lagi teruk dia punya masalah. Cuma masalah ini, mungkin lagi teruk dari segi mentally. Ai tak suka bile dibuli dari segi mentally. Tak suka dan trauma. Bila jadi macam ni, mula lah aku akan bertindak di luar kawalan.

Satu tahun saja lagi yu. Satu tahun je lagi. Lepas tu boleh fokus apa yang yu nak buat. Dulu ai kata, nak mengalah, berhenti. Tetapi disebabkan atas sokongan kawan-kawan, ai ambil keputusan untuk menanti lagi.

Setiap saat aku merasa sebak, sampaikan aku tak tahu nak kata apa. Tekak ini disekat dengan angin kuat "jangan cakap, nanti kau lagi susah"

Boleh bayangkan tak?

Betul, kudrat aku tinggal di belakang. Cuma sekarang, loverboy yang menolak ke hadapan.

p/s: aku dah dua hari ganti puasa

No comments: