http://www.emailcashpro.com

Saturday, June 12, 2010

Masalah selesai

Semalam aku meraung. Meraung macam orang gila, sehinggakan mummy masuk bilik duduk atas katil membelai rambut aku, bertanyakan tentang keadaan. Makin itu dia bertanya, makin itu kuat raungan aku berlagu. Makin deras juga air mata yang mengalir. Aku tidak mahu menyakiti sesiapa, mahupun untuk disakiti.

Betul kuat, sehinggakan orang belakang rumah turut terdengar.

Badan aku menggigil. Tekak aku terasa tersekat. Masa itu, jantung tak berdegup, hati berdenyut-denyut sakit. Nafas separuh mati.

Aku jadi takut. Takut dengan diri sendiri.

Mummy belai. Mummy pujuk. Aku hanya menutup mulut aku dengan jari. Tak mampu ingin berkata apa. Sudah lama aku tidak meraung macam orang gila seperti ini. Mungkin sebab aku terlalu bodoh ataupun penat dibodohkan. Yes yes, aku memang cry baby.

Menangis bukan tanda kelemahan, menangis tanda ada hati dan perasaan. Jika tiada siapa untuk aku menyuarakan, aku menangis. Kemudian, terpaksa berdepan dengan masalah yang sama. Ya itu memang aku.

Meraung untuk setengah jam. Bergelak ketawa untuk setengah jam yang berikutnya. Sungguh pantas aku merubah emosi. Awak pernah jangka bahawa memendam perasaan itu adalah untuk selama-lamanya?

Masih lagi tiada jawapan yang keluar dari mulut. Hanya senyuman yang aku mampu beri. Senyuman itu untuk menguatkan lagi hati yang sudah hancur luluh.

Setiap kali, aku menggigil menggelupur mencari benda untuk ditumbuk, aku cepat mencapai pen dan juga kertas. Aku akan menulis. Bukan menulis tentang perasaan berkecai, tetapi menulis cerita pendek. Tiada kaitan langsung kan?

Biarlah.

Masalah selesai.

No comments: