Wednesday, June 9, 2010

Dalam tong sampah

Dia dah keluar dari sini. Mungkin ini satu keputusan yang amat sukar, memandangkan hanya dia tempat kami bergantung. Sebak hati sehingga sekarang dapat rasa. Orang semua nampak aku gelak-gelak, gila-gila, tapi hati dan jantung melambung-lambung, fikiran bercelaru serabut.

Tuhan hanya tempat kita mengadu, dan padaNya kita berserah. Kali ini aku berserah. Aku tadah tangan, setiap kali itu, hati aku makin sakit. Makin perit.

Adik-adik aku adalah penguat diriku untuk terus menyokong apa jua keputusan apa jua dugaan yang datang.

Mood sekarang : Semua ini hanya pura-pura bila bahagia. Cuma senyum untuk mengelakkan diri kita lemah. Cuma senyum dan ketawa untuk mengelakkan diri kita menangis atas benda yang membabikan.

Loverboy balik Batu Gajah dan berjumpa dengan kawan-kawan kampung. Saat ini, aku tak kisah, tak hirau. Kalau dulu aku akan mula melenting bila dia mula tidak mesej aku selama 6 jam.

Disebabkan aku dibabikan begini, aku tak kisah, aku tak hirau.

No comments: