Monday, June 7, 2010

Perlu ke ada lelaki

Bila dah ranap macam ni, aku mula fikir.

Perlu lelaki dalam hidup? Perlu. Sebab mereka yang mencari rezeki, tapi masih dibabikan. Perlu lelaki dalam hidup? Perlu. Sebab mereka yang menjaga kita, tapi masih lagi dibabikan. Perlu lelaki dalam hidup? Perlu. Sebab mereka tempat menghabiskan nafsu, tapi masih dan masih dibabikan. Perlu lelaki dalam hidup? Perlu. Sebab mereka tempat kita mengadu, tapi masih dan masih lagi dibabikan.

Perlu lelaki dalam hidup, tapi semuanya dibabikan. Semuanya disampahkan.

Aku rasa aku bukan siapa. Aku tak ada nama bila habis ranap macam ni. Punah macam berlian pecah. Hati aku lebih berharga dari yang membabikan.

Aku bukan untuk dibabikan, aku bukan untuk disampahkan. Siapa engkau nak buat aku macam ni?

Dulu aku pernah bilang, hati aku dah jadi lunyai. Tapi sekarang bukan lunyai, tapi dah jadi air berketul-ketul. Serpihan berterabur. Aku jadi marah, tapi aku tak benci. Aku jadi marah, tapi aku tak dendam.

Ya ya, semua engkau betul. Aku juga yang dibabikan lagi. Ya ya, semua engkau baik. Aku juga yang dibabikan berulang kali.

*diam*

Tulang rusuk aku sudah lembut, disebabkan aku keras kepala yang sekarang ini boleh dirunding dengan baik. Betul, kadang orang yang selalu membabikan aku, aku tetap memaafkan, dan masih lagi boleh menghulurkan tangan untuk membantu.

Hish, aku meluat lah dengan diri aku.

Eh tak, lagi meluat dengan orang yang membabikan.

Kalau ada lelaki yang sanggup menerima keluarga aku begini, dan sanggup untuk kahwin awal, aku memang tabik spring bergetar-getar.

No comments: