Saturday, May 8, 2010

Isu turun berat badan


Gambar di atas memang adalah untuk tantapan umum.

Aku rasa tadi lepak hingga 230 pagi merupakan gelak tawa yang dah lama aku tak dapat dari mereka, sebab sudah 2 hingga 3 tahun tidak bersua muka. Macam rasa ada semangat baru dan cerita baru yang banyak kongsi bersama.

? : Kimie dah kurus lah sekarang

--

? : Kimie dah banyak berubah, lagi lawa

--

? : Apa pun kau memang terbaik walaupun dah kurus

--

Boleh tak kalau aku nak menangis sekejap sebab terharu. Mungkin dari member yang dah lama tak jumpa aku akan dapat pujian macam ni, dari orang yang hari hari kita berjumpa. Boleh tak kalau aku nak raikan, dan makin berpositif bahawa aku memang dah turun berat badan.

Dalam industri apa yang penting komersial dulu baru bakat. Nak kena cari jalan pintas, mestilah macam ni.

Aku rasa agak berbaloi selama sebulan aku makan sekali sehari, dan tidur jam 7 pagi, bangun jam 5 petang dan rutin harian adalah makan malam sahaja, membuatkan diri aku makin tak sihat tapi makin turun berat badan aku.

Boleh bayangkan kalau aku kurus macam Mariah Carey? Tidak pun macam Jessica Alba (mengarut).

? : Aku malas nak cakap depan-depan tapi, kau memang dah lawa

Weh (menjerit) kenapa orang yang kita harapkan tak ada cakap macam tu, macam member yang 2 hingga 3 tahun tak berjumpa ni. Buat aku bertambah seronok dan makin berkobar.

Lagi lagi cuti dua bulan ni, aku tak nak sia-siakan masa aku dan harus mencari duit untuk buat perubahan atas diri aku dan juga untuk keluarga. Nak cari duit senang, tapi..

M : Kakak duduk lah rumah jaga mummy. Tidak pun kerja dekat-dekat sini je. Mummy nak kakak kuatkan mummy. Nanti tak lah sunyi rumah. Kakak dulu busy jarang balik rumah. Cuti ni spend time lah kat rumah.

Aku terkedu. Bukan itu sahaja. Terkesima. Terus niat untuk mencari rumah sewa dan kerja yang jauh-jauh sebab nak berdikari terbatal sebab niat ibu mahu anak bersama dengannya. Memandangkan esok Hari Ibu, aku nak bawa ibu pergi karaoke. Bahaha.

Bar rindu dah naik, sebab loverboy tinggal di rumah Faliq. Aku rasa macam nak naik jet terbang ke sana, sebab boleh lah aku luangkan masa dengan bermanja-manja dengan dia. Wohoi. Memang aku sengaja nak ambil kesempatan.

2 comments:

omgpetch said...

mana dapat comic2 strip ni? share website!

Payung said...

haha, i dapat kat my-sensasi.blogspot.com