Friday, April 23, 2010

--tatapan--

Buat masa sekarang aku sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan storyboard yang harus dihantar akhir sem, iaitu minggu depan.

Kalau nak tahu, tahap kerinduan aku terhadap loverboy semakin meninggi dan membuatkan aku makin mengada-ngada dan sengaja cari pasal. Kalau nak tahu lagi, aku banyak kali buat muka tebal minta kerja sebab aku betul betul perlukan kerja dan duit untuk jangkamasa yang amat panjang, iaitu untuk hidup. Bukan hanya untuk cuti semester.

Dan bertungkus lumus aku mencari rumah sewa yang paling murah dekat Shah Alam ni. Adoi.

Kalau nak tahu selanjutnya, aku dah bosan dengan rambut aku. Nak potong pendek style Agyness Deyn boleh?

1 comment:

omgpetch said...

oh u pun nak duduk lua? sama kita. eh dkt townhouse ni byk kosong la