http://www.emailcashpro.com

Wednesday, April 28, 2010

Beza kau dengan aku

Rasa nak meleleh air mata menjurai-jurai dengar lagu Kris Dayanti. Aku pun tak tahu tajuknya.

Kalau nak tahu, sekarang ni Tuhan saja tahu bagaimana bontot aku tak boleh duduk diam, hati bergoncang-goncang ingin jatuh, dan jantung berdegup pantas tak ingat dunia.

Aku terasa dunia letak di bahu. Beban yang susah untuk dipikul. Mungkin aku diuji sebab aku melupakanNya.

Kau tak tahu bagaimana, aku cuba bertahan di sini, untuk kau walaupun tidak berjumpa. Bagaimana aku menanti kamu pulang sambil aku membawa senyuman supaya keletihan kamu itu hilang serta merta. Bagaimana aku menanti kucupan mesra kamu di dahi aku, menandakan kau begitu merindukan aku. Bagaimana aku sentiasa berdiri di depan pintu, dan tidak sabar menunggu untuk mencium tanganmu.

Semuanya bagaimana. Dan bagaimana kamu ingin tahu? Sedangkan kamu balik dan tidur, kemudian bekerja kembali. Kemudian setiap hari aku cuba untuk menerima tanggungjawab kamu terhadap keluarga, dan aku terpaksa berdiam diri, kerana mungkin aku akan sekali pantas, tidak memahamimu.

Maafkan aku. Ya, aku memang mementingkan diri sendiri. Maafkan aku, kerana perasaan aku menjadi keliru. Niat menjadi buntu.

Aku cuba berkelakuan baik supaya tidak menyakiti hati kamu.

Tidak mahu. Langsung.

Tidak lagi kau nampak bahawa cinta aku terhadap kamu amat tinggi sehinggakan setiap saat aku akan mengalirkan air mata apabila menyebut namanya. Apabila menyebut tentang semua kenangan kita.

Peluk aku pantas. Kucup aku cepat.

Aku memang dahagakan kamu. Aku memang dahagakan kasih sayang kamu.

Kekasih, sesungguhnya kamu itu sangat bernilai untuk aku. Sampaikan hati aku makin sebak bila kamu terlalu tertekan dengan kerja. Jangan sayang. Masih terlalu awal untuk kamu. Masih terlalu awal untuk mengejar nama. Masih terlalu awal untuk mengejar harta.

Cuba untuk menikmati kehidupan sebagai seorang pelajar. Cuba bahagikan masa dengan tanggungjawab dan aku. Cuba sayang, aku tahu kamu boleh.

Aku terlalu amat rindukan kamu.

1 comment:

omgpetch said...

lagu itu, 'aku wanita biasa'