http://www.emailcashpro.com

Tuesday, March 23, 2010

Ya aku memang tamak

Entri kali ini mungkin akan membuatkan sesetengah pihak terasa. Sesiapa yang tidak mungkin dapat mengawal kemarahan serta cepat terasa, sila beredar sekarang (dengan menunjukkan jari telunjuk). Aku memang serius ini.

Untuk sekarang aku tidak boleh mengawal emosi aku. Maaf kepada sesiapa. Disebabkan bebanan kerja serta masalah perhubungan membuat aku bertambah teruk dan jerawat makin jatuh cinta dengan muka aku. Aku menjadi begitu rendah dengan keyakinan. Disebabkan emosi tidak dapat dikawal, membuatkan muka aku ini terlampau jujur sehinggakan selepas itu, aku menjadi serba salah. Perasaan serba salah aku tidak suka. Mungkin kerana aku tidak suka menjadi hipokrit lebih lama.

Bila emosi tidak dapat dikawal, sebarang makhluk yang mengganggu aku dengan perbuatan atau perkataan yang menaikkan lagi temperature darah aku, sehinggakan menjadi kuah spagetti atau asam pedas, akan menjadi mangsa muka aku yang terlampau jujur ini. Sumpah dalam hati, aku memaki hamun.

Dan lagi teruk, apabila teman rapat yang menjadi mangsa. Aku bukan sengaja, tetapi mungkin orang tak faham dengan sikap aku yang berubah sentiasa. Hei, kalau awak nak kenal Mariana Shahira, awak kena bertanya dengan Noor Ashikin sahaja. Sebab dia tahu mana tahap kesabaran saya, dan sikap saya yang sebenar. Walaupun sudah lama berputus kawan, tapi kalau ingin tahu Mariana Shahira dengan lebih lanjut sila berjumpa dengannya.

Aku memang tamak. Aku memang mengaku. Sudah lah. Engkau orang yang memuji muji diri sendiri kata engkau orang lah baik dalam segalanya, boleh korek kubur sendiri, kemudian terjun. Aku meludah-ludah tepi kau dengan kahak-kahak sekali.

Aku memang sentiasa inginkan perhatian, dengan kata-kata manis, dengan belaian manja yang amat melampau. Weh wa memang otai weh, tapi wa pun ada hati juga. Wa nak juga jiwang-jiwang.

Aku rasa benda itu satu keperluan untuk aku menjalani hidup aku dengan lebih bersemangat walaupun tidak berjumpa. Cukup dengan kata-kata yang membuatkan aku percaya dengan hari-hari kau tanpa aku.

Kepada member-member yang terasa dengan aku, boleh berjumpa dan bercakap secara perlahan. Mungkin ini akan membuatkan anda bersikap matang, dan bukan cakap menjerit-jerit dapatkan perhatian. Ai dont like those person.

Kalau tertanya-tanya kenapa muka aku terlampau jujur, boleh bertanya. Tak ada masalah di situ.

Kalau engkau orang rasa nak belasah aku sebab ayat aku terlampau poyo, ataupun sesiapa yang tak faham bahasa (aku dah cakap kalau kau terasa jangan baca) datang lah. Mungkin sebab hati aku dah makin menjadi lunyai.

Ok?

Jumpa saya tunjuk peace.

No comments: