http://www.emailcashpro.com

Thursday, March 18, 2010

Mati sekejap hidup sekejap

Sekarang aku baru faham kenapa loverboy sanggup untuk meredah kepenatan menolong teman melakukan penggambaran.

Tolong kawan, susah bersama. Kemudian, balasan yang baik akan datang.

Sebab aku baru merasai. Walaupun bukanlah projek kelas aku, tetapi aku sanggup untuk turun padang, menolong mereka walaupun tak seberapa. Cukup menolong mereka lari dari tension.

Terima kasih kepada Nua, Man, Yot, Sarawak, Kura dan semuanya untuk group 4sr4m4. Terima kasih kerana memberi peluang ini.

Tidak minta apa, sebab hati sangat selesa dan cukup tenang apabila melihat mereka semua kembali tenang. Kalau tidak semua akan terbaring di tepi jalan.

K : Nua...cepatlah gelak
N : Hehehe

--

K : Yot gelak yot
Y : Hehehe

--

Satu aku tidak mahu mereka terbeban, sebab itu aku turun padang. Bukan untuk menunjuk muka dan menyibuk, tetapi disebabkan melihat mereka kesusahan, hati tidak sanggup. Biarpun esok pagi ada kelas. Biarpun assignment tak habis lagi.

Paling seronok berkonvoi ramai-ramai, sepuluh buah kereta dan Mamu Serambi menahan kereta-kereta lain supaya kami tidak putus, sebab yang tahu tempat hanya kereta aku.

Hoi, syok gila. Sejam setengah sampai di Kuala Selangor.

Aku tak mahu dianggap menjadi seorang pelajar penulisan yang tidak mahu ambil endah tentang penggambaran (senyum tunjuk gigi)

---

Sekarang ni, aku mati sekejap. Hati aku mati. Kecewa macam tak ingat dunia. Sedih macam tak ingat dunia. Cuba nak menangis, sakit. Sakit mata, sakit dada. Sebab memaksa untuk menangis.

Aku bukan patung.

Aku bukan plastik.

Tahun ini Tuhan uji lagi. Paling dasyat.

--

Baru lepas menangis, sebab risau dengan loverboy yang matanya berdarah disebabkan besi nama aku yang dipakainya di leher.

(sedu sedu)

No comments: