http://www.emailcashpro.com

Friday, December 11, 2009

Menangis dalam mimpi

Terketar-ketar aku menunggu. Dalam kepala ligat untuk masuk kelas yang sama semester lepas.

*menangis*

*menangis lagi*

Sudah lah hidung aku sakit, dengan selesema babi, tekak yang gatal belah kanan sahaja, kepala sakit belah kanan sahaja, terlinga berdengung *potensi untuk demam*

*kesat hidung*

Segala cacian dan hinaan, serta tidak dihargai oleh orang-orang, dan juga tempuh mendengar kata-kata kesat keputusan untuk sem ini macam bintang-bintang cantik yang jarang dinampak.

Cukup dengan pertolongan dari loverboy serta teman-teman yang ikhlas berkawan, aku sudah maju dan tidak akan mengalah lagi.

Kenaikan pointer yang amat mendadak ini, buatkan aku menangis berulang kali.

Tepuk tangan kuat kuat untuk diri sendiri.

Tepuk tangan gemuruh untuk loverboy kerana berjaya lagi sekali mendapat AD, 3.63. Saya tahu awak amat hebat.

Lagi bahagia bila berjumpa dengan loverboy bawa masakan saya sendiri, dan menyuap dia makan. Berulang kali dia cakap sedap,sedap,sedap,sedap.

W: Ke mummy yang masak ni
K: Tak percaya tanyalah mummy

Sampai dia kenyang dan tersenyum bahagia. Melihat dia senyum bahagia ini, misi selesai.

W: Kalau I kahwin dengan you, gemuk lah I. Pandai you masak ya?

Lauk ayam masak kicap, tauhu goreng, dengan telur mata kerbau sudah menarik hati loverboy.

Peluk dia kuat-kuat sebab hari mendatang dia akan berjauhan ke Gua Tempurung dan Langkawi. Berkepit macam ketam. Bau ketiak dia sepuas yang boleh.

Saya jatuh cinta lagi sekali.

2 comments:

Maganda Si Intan said...

congrats sayang! (:

omgpetch said...

naik mendadak? alhamdulillah. brape dpt yang?

intan dpt brape?