Wednesday, December 9, 2009

Lepas rindu, tapi masih rindu

Tadi pagi aku bangun jam enam setengah pagi untuk mandi dan sental segala daki di badan hanya kerana ingin berjumpa dengan loverboy. Bertolak jam tujuh setengah, singgah beli makanan untuk loverboy kemudian sampai di rumahnya jam lapan pagi di Shah Alam.

Kalau ikut Duke, dan anda memandu seperti saya, memang boleh sampai begitu cepat.

Masuk dalam rumah, nampak godzilla sedang tidur dengan nyenyak. Terus datang dan merangkak.

*tak jadi nak marah sebab bau dia sangat masam*

Dia celik mata pandang aku terkejut.

"Siapa buka pintu?"
"***"

Dia terus tarik aku dan peluk. Kepit kuat kuat.

"I rindu you sangat"

Aku senyum macam nak menangis. Berulang kali dia sebut kata rindu.

Semalam dalam kepala ligat untuk berbicara secara serius, tetapi bila berhadapan semua masalah terbuang begitu sahaja apabila dia memeluk aku begitu erat tidak mahu lepas.

Perbicaraan secara serius itu bertukar menjadi main-main. Di dalam van yang panas, dan tempat duduk yang terhad, aku duduk tepi dia rapat-rapat.

"Kenapa pakai baju macam ni, nampak t**ek?"
"Pakai depan you je"
"Orang nampak macam mana? Nampak keseluruhan tu"

Muka masam.

Aku bercerita pada dia tentang hal hal yang menganggu aku. Dia pandang dia kata "I sayang you, I tak curang. I tak macam ****. I pergi sana I kerja, bukan nya apa"

Hati kata suruh percaya, dan naluri aku memang percaya.

Yang menganggu sekarang adalah bagaimana keadaan dia berada di Langkawi bersama-sama budak-budak perempuan yang belum mendapat title pelakon .

Sha kata "Untuk elakkan kita sakit hati, jangan fikir benda yang negatif. Kita fikir positif je. Dia pergi sana sebab kerja, lagipun ini memang periuk nasi dia. Kita tak boleh halang benda yang dia suka buat. Kalau inilah rezeki dia, kita kena terima walaupun macam mana kita makan hati. Sebab duit yang dia dapat, bagi dekat kita juga"

Aku ingat balik kenangan kenangan comel-comel aku dengan loverboy. Hanya itu sahaja akan menghilangkan perasaan risau aku.

Untuk menyelesaikan masalah,dia kena peluk aku untuk berikan aku ketenangan.

Hari ini dia terlalu manja, menggedik dan banyak kerenah.

Dah lepas rindu, tapi masih rindu lagi.

1 comment:

Perro said...

im epy 4 u dear..
=]