http://www.emailcashpro.com

Monday, November 16, 2009

Terkedu

Aku rasa nak ambil pisau dan cuba toreh apa yang patut.

Kenapa manusia kena ada hati? Sebab ada hati ini lah kalau kena sakit, bukan main merana.

(tepuk dahi berkali-kali sambil air mata meleleh-leleh)

Aku penat, sangat penat. Menjaga hati orang tetapi hati sendiri tidak terjaga sampaikan di satu tahap memang tiada siapa yang aku ingin mengadu.

Hilang sekelip mata.

(pening)

*diam dan menangis*

Adakah kecantikan itu adalah salah satu unsur untuk menjayakan sesebuah hubungan?

Jawapan : Ya
Alasan : Kalau tak cantik, akan buat kita bosan, dan rasa malas nak jumpa sebab selekeh
Kesan : Orang yang tidak sepatutnya kena, terpaksa merana dan makan hati. Orang yang dijaga hati itu tersenyum

Sekarang ini boleh menilai tak siapa yang sayang kerana ikhlas, dan siapa sayang kerana penampilan?

*bodoh*

Karma dan balasan memang kena setimpal dengan aku. Sumpahan yang dikenakan oleh jantan keding itu memang kena tepat dengan aku. Sebab kesakitan apa yang dia rasa, aku rasa sekarang.

Boleh fikir tak kenapa aku boleh bertahan hingga sekarang?

*diam dan menangis*

Aku sudah tidak ada sesiapa ingin mengadu.

Aku nak orang peluk aku dan tenangkan aku, tolong lah (sudah terlampau desperate)

Tolonglah lihat air mata ini mengalir dengan diam. Tolonglah bangkitkan aku dari jatuh. Tolonglah kata bahawa kau orang semua care dengan aku.

Tolonglah ada rasa simpati, dan kata sayang pada aku. Peluk aku dengan kuat dengan penuh kasih sayang.

Adakah aku ini sukar untuk difahami? Adakah sukar untuk memahami Mariana Shahira Binti Shahrul Azlan ini?

*menangis menjurai-jurai*

Tolong datang ketuk pintu rumah aku, dan terus peluk aku. Katakan kau ada bila aku susah. Katakan kau ada untuk aku bercerita. Tetapi air mata inilah yang akan bercerita lebih.

No comments: