Wednesday, November 18, 2009

Konon nak jadi macam Fazura

Semalam tengahari pergi karaoke dengan budak budak gila ni di Ampang Park. Menunggu Ika dan Naz untuk datang end up duduk makan di laksa.

Naz : Jom pergi PD
Weena : Jom!!

Aku dan Hana terkebil kebil kerana mengingatkan duit di dalam poket yang hanya tinggal habuk sahaja. Entah kenapa papa bagaikan malaikat kerana memberikan kebenaran, dan ini adalah salah satu kerja gila kerana terpaksa menghimpit enam orang di dalam kereta. Mujur kereta Darweena, kalau kereta aku? -.-

Maaflah kualiti gambar tak berapa nak elok sebab menggunakan camera handphone sahaja. Malam bertolak dengan hujan yang menyejukkan kenderaan dan berkali kali saya membuang air kecil.

Perjalanan menjadi sakit apabila empat orang duduk di belakang dan saya yang terpaksa mengalah hingga ke Bangi. Sepanjang perjalanan, kami semua main teka-teki bodoh yang berkenaan dengan nombor yang sedia maklum saya memang tidak suka, tapi saya dapat menjawabnya (gelak hambar)

Sampai di Nilai, Hana bertukar ke kereta skandalnya. Dan akhirnya saya mendapat posisi yang sangat selesa. Mereka semua membawa pasangan masing-masing dan saya membujang sekejap tapi memang sakit hati sebab semua pasangan berpelukan dan berpegangan tangan. Aku macam nak menangis lagi lagi tempat pantai yang kami lepak tempat Valentine aku dengan loverboy masa dulu. (shit!)

Lepak di pantai, dan berjumpa dengan Marissa si minah rempit yang kenit. Dan tujuan untuk datang mandi laut di bawa ke pagi esok. Saya telah sunburn (senyum dengan muka separuh hitam yang menampakkan gigi putih saya)
Konon nak jadi Fazura dalam Pisau Cukur, Weena beli topi ini. Serius aku cakap melihat Weena dan Hilmi, melihat Ika dan Naz menimbulkan perasaan cemburu yang membuak-buak (b**i lah!) Sebab aku dah lama tak dapat macam ni -_______________________-

Engkau orang boleh bayangkan tak, aku memakai tuala berjalan jalan di Port Dickson? Aku lihat muka aku nampak kurus, tapi badan tak kurus juga (b*d*h betul)

Saya ada satu sifat yang tak boleh tinggal.

-MENCARUT-

1 comment:

mohamad 'may' yawmon said...

hahaha! ada lah sikit tapi tak macam fazura! macam pajero! hehehe =p