http://www.emailcashpro.com

Wednesday, November 11, 2009

Berfikir tentang komplot

Kau dan aku sama sahaja. Mereka dan mereka sama sahaja. Kami dan kamu sama sahaja. Kau dan kau sama sahaja. Semua orang sama. Nak tahu apa yang sama?

Hipokrit.

Semua orang ada, dan kadang itu semua orang tak sedar bahawa kita bercakap buruk tentang orang yang kita pernah rapat. Aku juga pernah buat silap macam tu. Aku bukan sebaik Nabi untuk mengatakan bahawa aku ini boleh diam kan sahaja dan tersenyum. Kadang-kadang bila pendam dipijak. Kadang-kadang bila bersuara pun dipijak. Jadi apa yang perlu kita buat?

Aku buat tak tahu. Sebab bila fikirkan nanti akan makan diri. Sebab kawan yang pernah kita rapat dulu, mungkin akan menjadi orang yang paling jauh. Dulu rapat berkata-kata manis, semua kebaikan nampak. Bila sudah berjauhan, semua keburukan nampak. Jadi adakah sewaktu rapat itu semuanya pura-pura? Ataupun sewaktu sudah jauh ini, baru mahu tunjuk belang?

Atau pernah kah anda terfikir bahawa, semua ini disebabkan situasi. Bukan kerana belang baru tunjuk, tetapi dengan situasi.

Mengeluarkan istilah bahawa setia berkawan, janganlah sekali. Kerana kawan itu boleh datang dan pergi. Kadang-kadang pergi bila kita senang, datang bila susah. Jadi kawan itu boleh dianggap sebagai kawan sejati? Sebenarnya boleh.

Tidak semestinya orang yang rapat dengan kita, akan memahami kita. Orang yang jauh itu boleh kenal kita macam sudah lama kenal.

Bukan baru sedar, tapi sudah lama sedar. Bila rapat, semuanya indah. Bila jauh, semuanya buruk. Kenapa harus jadi macam ni? Mungkin kerana dendam dan marah. Bukan kah lebih baik jika berkata depan dan sembang dengan elok tentang perkara yang sudah lama anda pendam dan cuba jelaskan kenapa anda berpelakuan begitu?

Orang kata ini orang kata itu.

End up masing masing sakit hati.

Sebab itu aku lebih suka berkawan dengan semua orang. Tidak mahu ada apa-apa ikatan, kerana dengan ikatan dan kelompok akan meletakkan kita dalam masalah di mana, bila kita sudah dipulau dengan siapa lagi kita mahu berkawan. Berkawan dengan orang yang kita pernah berkata buruk?

Semua orang boleh berubah bila ditegur.

Kepada sesiapa yang pernah berkawan rapat dengan sesiapa, katakan secara benar secara berdepan dan berdamai. Bukan kah itu lebih elok, dari memalukan diri masing-masing? Dan memalukan orang lain?

Aku juga pernah menjadi budak-budak di mana aku memalukan orang lain, dan meluahkan rasa marah. tetapi itu satu tingkah laku normal setiap manusia. Meluahkan rasa marah, tetapi tidak perasan kita menjatuhkan orang lain. Kepada sesiapa yang terguris, aku senyum dan meminta maaf. Setiap kesilapan kita akan sedar bila sudah banyak kali terjadi.

Kadang-kadang kita masih buat silap yang sama.

Tak pernah terfikir bahawa orang yang kita berkata buruk, akan menjadi orang yang berada di sisi kita apabila memerlukan orang untuk mendengar?

Aku belajar, bahawa jika tidak puas hati cakap dengan benar. Aku tidak mahu hipokrit lagi.

Berfikir tentang komplot untuk menjatuhkan orang lain memang rasa seronok, sebab buat ramai-ramai. Tapi pernah anda terfikir apabila anda meletakkan situasi pada mangsa keadaan? Terpinga-pinga mencari alasan kenapa diperlakukan begitu?

1 comment:

Panic! said...

Bila rapat, semuanya indah. Bila jauh, semuanya buruk > i like this part...

mmg terasa sangat bila someone yg kite rapat, sanjung, dan hormat tetiba menjadi satu kumpulan yg cukup dahsyat untuk menghentam kite dari belakang. hanya disebabkan situasi yg xmatang membuat kan masing2 terkepit, bertikam lidah, dan menghina dari belakang. mungkin sedar dan mungkin tidak. tapi mmg benar, kawan yg baik susah untuk dicari. dan istilah kawan baik mmg xpatut wujud. mmg naluri orang sekarang kalo masuk u je, mesti nak compare and contrast. nak bagus je. tapi apa yang berlaku pada orang dipulaukan tu? mmg la masing2 rasa betul, tapi perlulah letakkan diri pada tempat org itu. masing2 mmg ada ego, ego dan bongkak untuk berhadapan dan masing2 macam pondan xnak berdepan. mmg bila kita da dipulaukan atau memulaukan, pasti mulut setan akan keluar. padahal, orang yg kita umpatkan tidak seperti yg kita sangkakan. kite tidak pernah pun tahu apa yg diumpatkan dan kita hanyalah meneka. mungkin tekaan betul dan mungkin tidak. so what the hell kalo mereka berkata buruk pasal kite? ini adalah kawan2, rakan2 kite. perlukah kite bermasam muka hanya disebabkan situasi yg singkat itu? ingin mengatakan yg situasi ni menyedarkan sifat masing2? kenapa xpulak cakap bila masing2 berkelakuan baik, masing2 rapat, menandakan sifat seseorang itu?

Kimie, kite sangat terasa in certain people, but mmg betul apa yg kimie cakapkan, kite perlu luahkan pada org itu, atau sampai bila2 dia xtahu kesalahan masing2. sikap berdendam mmg ada bila dah jadi tak tahan dengan perangai masing2. bukan ego atau sombong bodoh, tapi sikap membara dalam hati mungkin da tidak boleh tahan lagi, hanya tgu untuk masa menyejukkan. perkara sebegini tidak pernah berlalu dengan lamanya, masing2 memerlukan sesama sendiri. tidak perlulah keluarga itu berpecah hanya disebabkan anak kecil merengek inginkan dilayan.

semoga sem baru membuatkan kite semua matang dan jelas membuat fikiran.

segala kemaafan dari kite untuk kimie disamping kita da pun berjauhan untuk tempoh yg lama. take care, kimie... ;)