http://www.emailcashpro.com

Monday, August 24, 2009

240809

Aku masih berada di rumah. Masih lagi buntu. Masih lagi tercarik perasaan. Tapi masih itu aku memonteng kelas dan menyuruh rakan kelas untuk menolong tandakan. Masih lagi menyimpan perasaan kesal yang tak boleh digambarkan, tapi masih lagi tersenyum hanya kerana untuk menjauhi kesakitan. Masih lagi mencari-cari punca, dan masih lagi lari. Masih mencari penyelesaian, tetapi masih tetap dengan ego dan suka menyalahkan semua benda sedangkan sudah terpampang bahawa ini semua mainan budak kecil.
Masih lagi berpendirian bahawa aku tidak bersalah, dan bersabar, serta kuat dari segi dalaman hanya untuk memperbaiki diri dan hubungan antara kekasih dan rakan-rakan. Masih lagi mencari kegembiraan untuk mengkaburkan kecelekaan.
"Orang yang tidak memahami tak boleh, tetapi orang yang terlalu memahami pun tak boleh" -aku
Masih membuat penilaian tentang ini. Kadang kala kita marah pada orang yang tidak memahami, dan hakikatnya orang yang memahami kita lah meninggalkan kita.
Selalu orang cakap,
"Dia faham I"
"Aku meluat lah, dia tak faham aku ada kerja, sibuk nak cari gaduh"
"Dia faham I bila I marah"
"Bodoh pantat betul, sikit sikit nak merajuk, tak faham lah"
"I bahagia dengan dia, sebab dia memahami I"
"Aku tak faham lah apa dia nak, aku dah cuba faham, tapi selalu gaduh bila last"
Boleh anda klasifikasi yang mana lelaki dan perempuan. Ataupun kesemuanya, lelaki dan perempuan sama sahaja.
Masih kita sibuk ingin orang memahami kita, sedangkan kita pun tidak memahami diri sendiri. Orang kata cinta kepada Allah, kemudian cinta kepada diri sendiri, baru cinta kepada orang lain. Bagaimana kita ingin cinta kepada Allah, sedangkan kita sibuk untuk mencari dan menagih cinta daripada orang lain.
Walaupun keluarga adalah utama, tetapi bukan juga keluarga yang memahami. Semua orang tidak boleh memahami orang itu 100%. Cuma perlakuan itu, dan emosi itu kadang kala kita boleh tangkap. Contohnya kalau dia tengah marah, jangan sibuk kacau dengan soalan yang menjelikkan. Ataupun kalau dia tengah sedih, cuba mencari kegembiraan dengan membuat dia ketawa, ataupun bawa dia jalan-jalan hilangkan stress.
Canang orang sebab tak memahami. Adakah kita sudah cukup untuk memahami dia?
Kau tak faham banyak, tapi tolonglah faham sedikit, dan cubalah untuk memahami.
Disebabkan dengan bebanan kerja dan masalah yang tak dapat dielakkan, emosi ini dilempar dengan ego yang amat kuat. Emosi ini dilemparkan dengan tidak sengaja ataupun sengaja hanya kerana untuk memuaskan hati ataupun jiwa yang tengah kacau. Kesalahan yang kecil dijadikan begitu besar, kerana emosi yang terganggu dengan perkara yang lain. Disebabkan itulah mangsa-mangsa ini akan dilabelkan sebagai orang yang memberikan tekanan, sedangkan orang itu yang memberikan tekanan. Orang yang diberi tekanan ini lah banyak bersabar cuba untuk memahami dan menagih untuk difahami.
Tapi tak ada siapa yang mendengar, walaupun ada yang mendengar. Menepis segala kebenaran, dan cuba untuk lari dari bengang. Menutup mata kerana tidak mahu melepaskan kemarahan.
Dengan gembiranya mangsa-mangsa ini datang dengan harapan dia kembali ceria. Tetapi dia tetap sama. Tetapi mangsa inilah terpaksa berlakon, dan cuba untuk menaburkan bunga-bunga cinta supaya ketegangan itu hilang. Lama-lama ketegangan itu hilang. Mangsa-mangsa itu bersyukur, tetapi dalam masa yang sama keadaan ini berlaku banyak kali. Jadi salahkah jika mangsa-mangsa ini menangis kerana kesal? Jadi salahkah mangsa-mangsa ini menagih untuk difahami?
Semua orang lain caranya. Tetapi bukan kah sama dari perasaan. Awak pun ada perasaan. Cuba awak memahami jika berada di tempat mangsa-mangsa ini. Mangsa-mangsa ini juga yang menyayangi awak dalam apa juga keadaan. Apa juga kesalahan. Apa juga kemarahan. Sebabnya mangsa-mangsa ini sudah berimpian untuk membina masa depan bersama. Tidak mahu berkecai harapan.
Ini..inilah dia.
Jangan kaburkan mata, jangan sempitkan pemikiran, cuba untuk meluaskan minda, cuba jauhkan hasrat membalas dendam, cuba untuk mengingat kembali kenangan yang indah-indah dulu.
Awak boleh klasifikasikan sama ada mangsa-mangsa ini perempuan atau lelaki? Biasanya perempuan. Tetapi jangan terkejut kalau sekarang lelaki yang berada di tempat mangsa.
Perempuan dilabelkan sebagai seorang yang emosi, kerana perkara yang kecil terlalu diambil berat. Sedangkan perempuan ini ada sifat penyayang, sifat menjaga, sifat ingin tahu, sifat ingin memahami. Bagaimana seorang ibu menjaga anaknya dan sentiasa bising kerana takut anaknya akan terjebak dengan kesalahan yang berat, begitu juga dengan seorang perempuan ataupun wanita sentiasa bising kerana takut pasangannya akan lari dan sakit. Bukan mengongkong tetapi menjaga.
Ya masih lagi aku ingin mempelajari tentang perasaan ini.
Aku macam nak buka kelab MARI MELUAHKAN MASALAH.

No comments: