http://www.emailcashpro.com

Tuesday, August 25, 2009

Curse me

Seorang gadis memakai baju merah jambu dipadankan dengan seluar merah dan gincu yang terang semata-mata untuk dipandang cantik dan tenang oleh teman lelakinya. Akhirnya kejadian yang dia memang sudah ramalkan walaupun bukan itu yang dia mahukan, kerana dia mahukan satu pertemuan yang sangat romantis dengan kotak hadiah yang berada di belakang kereta, gadis itu terasa tersisih kemudian nya menghempaskan segala kemarahan dan dendam di cermin kereta. Akhirnya kejadian itulah yang membuatkan hati dia punah serta merta.
Gadis itu kuat kerana tidak menangis, hanya merasa sebak. Gadis itu barangkali sudah mengagak kejadian yang akan berlaku walaupun dia ingin menjauhi perkataan yang keluar dari mulut jejaka tersebut.
Ya gadis itu sungguh malang. Kerana masih degil mengikut kata hati sendiri. Masih bodoh kerana mengejar cinta yang tidak dibalas. Masih masih masih masih dan masih. Siapa yang ingin menolong gadis ini? Siapa yang ingin mendengar? Hakikatnya walaupun gadis ini sudah dipijak berkali-kali, tetapi dia masih maafkan. Dia terfikir kenapa dia harus mengalah kerana kesalahan yang gadis itu buat jejaka itu buat lebih teruk sebelum ini. Malah berkali-kali.
Gadis itu termenung, tetapi di jauh sudut hatinya gadis itu terlalu kesunyian. Mendambakan kasih sayang yang waktu dulu terlalu indah dan sempurna. Mana pergi semua mimpi itu. Mana pergi semua impian yang konon ingin capai bersama-sama.
Kata-kata yang keluar daripada mulut jejaka itu, sangat mengguriskan hati malah meremukkan lagi. Bukan setakat itu, hati dah kosong kerana air mata sudah tidak mahu mengalir. Gadis itu meneran untuk menangis kerana tidak puas hati, tetapi tidak boleh. Hanya termenung untuk seketika walaupun gadis itu gelak ketawa tanda ceria. Sedangkan hati dia sudah kosong.
Apakah emosi untuk gadis itu sekarang?
Gadis itu bertindak liar dan keanak-anakan kerana ingin menceriakan hatinya. Kerana cuba melupakan perkara malam tadi. Gadis itu sudah kuat kerana dihentam dan ditinggalkan macam ni. Dicari bila diperlukan. Dibuang bila tidak perlukan.
Haihhh
Kasihan gadis itu. Gadis itu hanya memandang jejaka itu dengan harapan jejaka itu akan sedar. Gadis itu kuat cuba untuk tidak mencari, tetapi lemah kerana perasaan masih ada sayang. Jejaka itu masih lagi mengaburi matanya. Jejaka itulah nyawa gadis itu.
Untuk hari ini dan hari yang berikutnya, gadis itu mengharapkan kepada teman-teman yang lain untuk menceriakan hati. Untuk menghalang air mata ini mengalir.
(iklan)
p/s : kalau kau dah jelik nak baca blog aku yang emosi ini, jangan sibuk kau nak bercakap dan terus membaca. kalau kau terus membaca maknanya kau memang suka dengan penulisan aku. kalau tak suka, bertindak dengan sewajarnya. jangan nak canang dekat orang kata aku suka tulis yang emosi, sedangkan kau yang bodoh.
(sambung balik)
Gadis itu terlalu cintakan jejaka itu kerana sanggup mengalah walaupun ditibai perasaan.
Sudah lah, gadis itu nak pergi menenangkan diri.

No comments: