http://www.emailcashpro.com

Sunday, August 16, 2009

160809

Selama empat hari berturut-turut aku keluar dari Puncak. Dan selama dua malam aku overnight sedangkan mata aku ni membengkak kerana tidak dapat mengawal mengantok.
Akhirnya kelas aku membuat keputusan pergi ke FRIM.
Sekarang ni aku makin kenal dan tahu siapa yang putih siapa yang hitam. Siapa yang ular siapa yang burung kakak tua. Siapa yang busuk hati siapa yang hati wangi. Aku makan hati tapi aku diam. Tak apa, mungkin ini sajalah Tuhan mahu tunjukkan bahawa aku ni memang tak boleh rapat dengan sesiapa untuk kali keberapa. Orang yang kenal aku, tidak berkata apa terima kasih. Orang yang kenal aku, berkata apa terima kasih banyak.
Meleleh air mata aku bercerita pada loverboy. Walaupun sakit ni pernah rasa, tapi bila kena balik rasa kena tikam berkali kali. Telinga aku bingit berdarah mendengar, tapi aku diam buat muka tebal. Rasa nak lari tapi disebabkan aku keseorangan, aku kuat di dalam. Sokongan dari loverboy yang menguatkan aku.
Hari ini aku balik ke KL semata-mata nak kosongkan minda, dan terus ke Pavillion. Lepak makan di Carls Jr, kemudian lepak minum di The Loff. Aiman dah pandai pakai mask. Aku bila lagi?
Disebabkan ketensionan duit yang amat melampau dikeluarkan, aku terasa nak bunuh orang yang cuba untuk mengeksploitasi.
Aku rindu dengan loverboy sampaikan aku menghempas pintu semata-mata nak cari gaduh. Konon nak cari perhatian, padahal nanti aku sendiri yang sakit. Aku rindu selalu buat kerja bodoh.

1 comment:

Mohamad Izzat bin Anuar said...

THANKS KIMIE FOR EVERYTHINGSSS...
maaf sebab xsem[at nk thanks..
ijat penat sesangat..
dan jgn sedih..
kimie dh buat yg terbaik utk bagi yg terbaik pada semua..
cuma,apa2pun,pasti ada kekurangan..
jgn sedih and u the best!!!