http://www.emailcashpro.com

Tuesday, July 28, 2009

Orang yang dinanti hanya menanti kita

Tiba-tiba aku teringat balik macam mana aku cuba mengawal perasaan untuk tidak mengawal diri. Menggunakan akal fikiran untuk mengawal diri itu terlalu sukar sebab aku belaikan lagi perasaan aku.
Aku teringat bagaimana aku duduk di corok bilik dalam keadaan yang gelap, serta bau bilik yang kusam. Aku tak mandi, tidak terurus. Duduk di corok, rambut kusut masai, mulut berbau, mata terbeliak kerana termenung memikirkan apa nak buat lepas ni. Aku bercakap sendirian, dan tergelak sendiri dengan cerita aku. Air mata mencurah-curah, pernafasan aku semakin kencang.
Aku memandang ke almari, kerana di situlah terletak handphone yang disembunyikan. Sengaja matikan telefon. Mengharapkan terlalu tinggi bahawa orang yang kita nantikan akan mencari kita. Tapi hanya aku seorang yang mencari.
Aku masuk ke hospital kerana tekanan jiwa.
Berulang kali.
Sampaikan ubat penenang diri itu sudah jadi dadah aku sendiri.
Aku sayang perasaan, terlalu sayang sampaikan badan aku tak boleh nak terima lagi tekanan ini. Badan ini mahukan Mariana Shahira yang bertenaga. Badan ini mahukan Mariana Shahira yang sentiasa tegas.
Orang yang dinanti hanya menanti kita, bukan mencari kita.
I dont deserve to be hurt like this.
Perasaan sakit dulu makin lama makin hampir. Macam mana nak elak?
Tiba-tiba aku sudah bercakap seorang diri. Salah satu fasa untuk menjadi sakit macam dulu. Bukan sengaja dibuat, tertapi terdorong untuk melakukan.
Siapa yang boleh faham bila keadaan macam ni? Hanya orang luar yang tidak ada kena mengena dengan kita.

No comments: