http://www.emailcashpro.com

Tuesday, July 28, 2009

Happy Birthday Weena

Selamat ulang tahun ke 19 kepada Darweena Binti Hamzah. Membuat segala persiapan dalam jangka masa yang terlalu pendek, dan hadiahnya adalah sekotak ais krim yang besar bersama M&M coklat di dalam.
Birthday girl yang memakai baju tidur bewarna putih rambut blonde. Kami bertiga membuat keputusan menculiknya hanya dengan memakai baju tidur, dan kami memakai waist belt, rantai, topi serta topeng yang kami belikan. End up menjadi cantik, bukan badut.
Untuk pertama kali, aku membuat pengakuan di sini bahawa malam semalam merupakan kali pertama aku terlampau syok karaoke di Ampang Park, KTV. Menjerit melompat mempeluhkan badan dan rambut sampaikan suara aku sudah menjadi bapok. Aku tak pernah suka dengan karaoke, dan semalam adalah sejarah bagi aku.
Jom kita pergi nyanyi dalam kotak jamban nak?
Weena juga terpaksa mengikut sahaja arahan kami yang menarik perhatian orang sekeliling. Dengan perwatakan kami yang gila-gila, orang di sekeliling kami juga tersenyum menumpang kegembiraan kami.
Destinasi berikutnya ialah Genting. Disebabkan kabus yang teramat tebal, kami semua tak dapat nak naik sampai puncak. Hanya berada di tengah-tengah dan kami berlari masuk ke kereta kerana ada dua ekor anjing liar sedang berkeliaran.
Marilah telefon saya, dan mendengar suara 'ayu' saya ni.

No comments: