http://www.emailcashpro.com

Monday, July 27, 2009

Hujan di bulan Julai

Kepada rakan-rakan di Puncak yang masih lagi tidak mengetahui berita ini, saya Mariana Shahira ingin mengumumkan bahawa kita telah kehilangan seorang senior yang hebat dalam Jurusan Skrin pada lewat petang semalam akibat kemalangan kereta di Perak. Arwah dalam perjalanan balik kampung ke Kelantan.
Arwah merupakan Yo.
Kepada rakan-rakan sila sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.
Pemergian arwah meninggalkan kesan kepada loverboy sehinggakan aku juga terasa kehilangan, kerana setiap kali berjumpa dengan arwah. Arwah akan menyebut "makin lama makin cantik awek mu Wan"
Arwah merupakan seorang yang bekerja keras untuk mencari duit bagi menampung hidup nya di kota raya. Arwah juga merupakan salah satu pelajar yang dipercayai oleh Encik Razak dalam Line Clear.
Patutlah semalam, loverboy macam rasa nak menangis, rupanya dia terasa kehilangan seorang sahabat. Sahabat yang boleh disamakan seperti Arwah Shamil.
Kita sedia maklum bahawa Yasmin Ahmad juga telah meninggalkan kita semua, dan pastinya selepas ini tiada lagi iklan televisyen yang hebat-hebat sehingga penonton boleh terasa dan menitiskan air mata. Al-Fatihah kepada arwah Zulkifli.
Dan lagi sekali, satu Malaysia sudah dimaklumkan bahawa UiTM telah ditutup untuk seminggu. Sememangnya aku tidak bersetuju dengan cadangan penutupan UiTM ini kerana ia akan menarik cuti untuk raya. Adil ataupun tidak?
Kalau nak cerita tentang pengetua baru, panjang ceritanya. Aku boleh jadi mulut Melodi lagi sekali kalau aku nak.
Dan terasa kelam kabut sebab lepas cuti ini, semuanya akan berjalan dengan bertindih. Bye -.-

1 comment:

omgpetch said...

tak slh kalau aku ckp skrg musim kehilangan.

btw, mulut melodi, i nk taw cerita psl pengetua