http://www.emailcashpro.com

Sunday, July 19, 2009

Drama

Kalau nak cerita memang boleh dijadikan sebagai filem, sebab minggu lepas merupakan hari-hari yang penuh dengan drama, emosi dan tekanan yang amat melampau.
Tingkah laku pertama :
Mengamuk tak tentu pasal dan menumbuk besi
Tingkah laku kedua :
Membaling file dan menumbuk pokok dan menjadi bahan ketawa oleh loverboy
Tingkah laku ketiga :
Menumbuk loker bilik dan dinding di rumah
Tingkah laku keempat :
Mencakar leher, kesudahannya orang mengingatkan nyamuk jantan menggigit
Disebabkan tekanan ini lah aku dilabel sebagai budak-budak yang tidak matang. Aku juga dilabel sebagai orang yang tidak berdiri di kaki sendiri. Sedangkan bila semua tingkah laku di atas ini, merupakan lepasan tekanan perasaan.
Lupa diceritakan bahawa minggu lepas, setiap hari air mata betina ini keluar meleleh dengan begitu senang sekali. Ini juga dilabel sebagai orang yang sangat lemah sedangkan ia merupakan air mata sesalan.
Kadang-kadang air mata ini lah merupakan air mata kasih sayang. Tak salah kalau nak menangis, sebab itu memang sifat perempuan. Ya aku memang budak-budak. Kadang-kadang menjadi budak-budak lebih senang untuk meluahkan emosi dari menjadi dewasa yang egois.
Disebabkan tekanan yang amat ekstrem dan juga jiwa yang kejap ada kejap dicuri ini, aku tak boleh berfikiran dengan waras dan membuahkan tingkah laku yang amat bodoh menyakitkan diri sendiri. Masa buat tak sakit, bila darah dibasahi dengan air mandian, mulalah menyesal.
Bodoh Mariana Shahira ni.
Disebabkan perasaan yang makin pulih dengan bunga-bunga cinta ini, period aku rasanya nak datang. Sebab aku terlalu nantikan bila aku nak period, cuma kesakitan itu jangan datang. Nanti bontot aku akan tonggek menahan sakit.
Semalam aku tonton Harry Potter bersama adik-adik dan loverboy. Tidak lah terbaik, cuma menghiburkan bagi peminat yang mengikuti Harry Potter datri filem pertamanya. Macam loverboy, asyik kata boring tapi mata asyik terbuka, asyik ingin menonton hingga habis.
Nak menangis bila Dumbledore nak mati. Loverboy di sebelah buat bunyi menangis *kuang asam*

No comments: