Saturday, July 11, 2009

110709

Disebabkan papa tak bayar lagi duit broadband aku harus datang ke Kandang untuk membuat kerja. Nak kata untuk seminggu aku di sini, boleh tahan. Dan aku dapat merasakan beban yang terlalu banyak untuk dipikul sudah dirasai walaupun tak muncul lagi.
Satu masalah adalah tentang duit.
Awak boleh bagi saya duit percuma tak? Ataupun benih untuk tanam duit?
Semalam Nana perform di Gloria Jeans. Tak sangka sebab suara dia sudah tidak menangis. Ramai yang datang semalam untuk bersama-sama menonton. Baru minggu kedua. Harapnya minggu yang seterusnya bertambah ramai.
Sekarang aku tak ada mood nak upload gambar. Sebab peluh meleleh di ketiak. Nanti aku akan upload.

No comments: