http://www.emailcashpro.com

Tuesday, June 2, 2009

New room

favourite part
Semalam aku bertungkus lumus mengemaskan bilik kerana aku nak katil aku balik (single bed dari Ikea). Buka King Bed yang ada dalam bilik aku, kemudian pasang balik dalam bilik Nana. Tanggal single bed aku dari bilik Nana, kemudian pasang balik di bilik aku. Jari aku sampai luka-luka sebab nak menanggalkan skru menggunakan kudrat tangan yang terlalu kuat.
Bermula dari pukul empat petang hinggalah ke jam sembilan. Kekasih pun tertanya kenapa aku kemas bilik terlalu lama. Sebab memikirkan posisi mana yang harus ditaruk. Buang barang yang harus dibuang. Bilik aku sudah menjadi luas dan aku terlalu gembira (terharu). Sudah cakap dengan Papa nak belik karpet, tapi aku nak juga dari Ikea, sebab semua perabot dalam bilik aku dari Ikea dan berwarna putih.
Apa pun kotak untuk meletakkan handbag juga harus dibeli kerana sangkutan di tepi katil sudah penuh. Kotak-kotak untuk simpan kasut juga harus dibeli (demand).
Aku memang berpuas hati dengan bilik aku sekarang cuma, aku perlu cat bilik warna yang baru. Contohnya warna hitam berbelang putih (senyum nampak gigi). Aku memang teringin dari dulu, cuma mummy saja yang tak benarkan (masam manja).
Aku patut tangkap gambar bilik sebelum dikemaskan, jadi boleh lah buat perbandingan kan kan kan kan kan kan?

No comments: