http://www.emailcashpro.com

Monday, June 1, 2009

Sehati sejiwa

Tengok NCIS (promote) tadi. Bayangkan bagaimana seorang wanita menunggu kepulangan dan setia terhadap suaminya selama 7 tahun, dan balasannya mendapat tahu bahawa suaminya sudah berkahwin dengan perempuan dan mempunyai seorang anak yang berusia tiga tahun kerana suaminya memberikan alasan dia ingat tidak akan berjumpa dengan isterinya lagi. Isterinya dengan kental menjawab

"Im glad that you are safe"

Kata-kata dari seorang wanita yang aku tabik spring. Junjung habisan walaupun sakit itu tidak dapat digambarkan. Sebelum itu dia ada kata pada seorang penyiasat NCIS.

"Do you have your soulmate?"

Diam.

"One day you will find one and you will know"

Bayangkan kalau dunia berperang untuk seketika. Tetapi seketika itu tidak dapat tahu berapa lama. Dan kekasih akan dihantar untuk berperang kerana askar tidak mencukupi jadi semua kaum lelaki dikerah untuk menjadi askar. Dalam masa itu bertahun dan bertahun. Adakah dia akan setia walaupun dalam keadaan masa itu kita hanya berfikir bahawa kita tidak akan diselamatkan? Adakah dia akan setia walaupun berpisah untuk bertahun-tahun dalam keadaan yang memaksakan sepeerti dikuarantin? Adakah dia akan setia apabila dia mendengar kawasan yang aku tinggal sudah dibom?

"I akan percaya you mati bila I lihat mayat you depan mata I sendiri" -aku

Tapi semuanya aku nak cakap pasal soulmate. Kekasih ada tanya apa makna sebenarnya soulmate tu. Aku tak boleh nak cakap, sebab dia sendiri pun tahu maknanya cuma mungkin lain perspektif. Kalau soulmate mesti banyak berkaitan dengan teman-teman rapat. Contohnya kawan baik. Sebab merekalah yang memahami dan sentiasa ada untuk mendengar. Tahu apa yang kita suka dan tidak suka. Tahu apa kisah lepas, tahu apa rahsia, tahu hampir semua, tapi kadang-kadang hampir semua itu palsu dan dibuat-dibuat.

Bukan semua orang jujur dengan kisah sendiri.

Tapi bila fikir balik aku mana ada teman rapat yang macam tu lagi. Last aku dapat bila dengan *toot* tapi itu semuanya kejap walaupun kejap itu macam-macam kenangan.

Tapi hanya satu nama yang keluar dari kepala aku bila sebut soulmate.

Wan Mohd Firdaus.

Sebab dia lah teman jiwa aku buat sekarang.
Kalau engkau orang semua perasan aku asyik sebut nama kekasih. Sebab aku terlampau bahagia untuk sekarang sebab keduanya aku tak boleh lupa keempat-empat hari sebelumnya.

No comments: