Bila dibakar terasa pedih. Bila dihempap terasa tersekat. Semua perlakuan menjadi sukar. Dan kadangkala ekspresi muka terpaksa menipu untuk tunjuk bahawa kita kuat. Sedangkan organ-organ dalam badan sudah berusia 100 ke atas. Tidak pun hanya kabur sahaja.
Kadang-kadang terasa bila lagi hati ini dicantumkan dengan cantik sekali. Kadang-kadang terasa bila lagi hati ini dicantumkan dengan begitu merah sekali. Kadang-kadang terasa bila lagi hati ini dicantumkan dengan begitu megah sekali. Hati dah buruk, tinggal jantung. Dan makin lama jantung makin berhenti berdegup.
Kepada Non, maafkan aku.
N : I miss the old you
Apa beza aku dengan sekarang? Cuma aku dah besar dan mengjangkau ke hadapan. Pemikiran aku makin lain bila orang asing itu kerap kali tolong aku.
Aku sakit sebenarnya.
Bila perut menarik urat, aku hanya pejam mata pegang bantal, menahan sakit. Nak kata hampir setiap hari akan jadi macam ni. Cuma aku diam.
Aku perlukan siapa untuk terus berdiri dengan tersenyum? Aku perlukan sesiapa asalkan aku perlukan aku. Aku perlukan aku sebenarnya.
Tapi aku perlukan aku itu tidak kuat. Aku perlukan aku itu hanya pura-pura. Aku perlukan aku itu hanya lah fantasi. Aku perlukan aku itu hanyalah air kahak yang diludah.
Aku mahukan fantasi aku di mana, setiap hari aku tak perlu menangis. Setiap hari aku hanya perlu jalankan kehidupan dengan air mata yang kering. Aku mahukan fantasi di mana, hari-hari aku tidak perlu risau. Di mana hati aku dicantumkan dengan begitu elok.
Rupa-rupanya, keperluan aku hanyalah..aku mahukan hari-hari aku penuh dengan fantasi tidak mahu berdepan dengan sakit. Bila berdepan dengan sakit, aku akan menjadi lain dan berubah menjadi yang tidak disangka. Sebabnya, yang tidak disangka itu didorong dengan kesakitan. Didorong oleh kata-kata laknat.
5 comments:
kekuatan ada dalam diri,
gali dan cari,
anda pasti akan menjumpai........
kekuatan ada dalam diri,
gali dan cari,
anda pasti akan menjumpai........
just keep strong...
hanya kita yg boleh tolong diri kita, bukan orang lain.
yang lain just boleh membantu, tapi hakikatnye kita yg perlu berusaha untuk sentiasa menjadi kuat.
favor ape tu yang?
Post a Comment