Tuesday, June 23, 2009

230609

Aku dah dapat tahu aku akan dapat period hari ni, sebab nafsu aku naik mendadak-dadak. Senggugut ni akan menyeksa aku sekejap saja lagi. Dan mood aku yang lintang-pungkang akan tiba bila saat orang mencari pasal.
Semalam makan sekali sehari.
Pagi ni aku dapat makan pau kari ayam. Nyum nyum. Jari tangan aku nampak macam pengantin, sebab penuh dengan inai (senyum lebar)
Aku sudah menyemak jadul untuk semester hadapan. Sama macam Petchai. Cuma hari Jumaat aku ada dua kelas sampai 1220 dengan Ayah Agi (senyum suka). Akhirnya berjumpa dengan dia lagi.
Pagi ni bercakap dengan loverboy dengan nada yang sangat busuk kerana aku sakit perut dan mood bangun tidur serta terasa saki baki sedih. Disebabkan loverboy romantik sangat hari ini, tiba-tiba aku rasa macam ada banyak bunga berkembang atas kepala aku, dan bau-bau wangian keluar dari badan, serta gigi yang tidak digosok ini menjadi putih.
(cium cium loverboy)
Bila turun bawah nampak banyak pinggan yang tidak dibasuh dan sedang memanggil-manggil aku untuk menolong. Nampak pula Aiman yang baru balik dari sekolah. Sangat tak adil sebab mummy belikan air untuk dia dan Aiman sahaja. Aku terasa geram.
Nak pergi bermanja dengan loverboy kejap.

2 comments:

fyra said...

kimie ni lawak la...

hehehehe =)

omgpetch said...

ayah agi ajar korg lg? subjek ape tu yang? msti seronok dpt dgr dia tepuk2 tgh kuat2 lagi and cite2 blue haha