Saturday, June 13, 2009

130609

Baru masuk bab 2, dan makin interesting pula.
Tadi dalam kereta, tiba-tiba nak lepak dengan Intan berdua. Entah kenapa. Mungkin sebab dah lama tak bersembang. Kalau bersembang mesti ada cerita panas. Rindu dengan Intan.
Jee? Aku dah lama tak dengar khabar dia sejak emm entah lah. Kata nak lepak, tapi disebabkan perasaan aku ni susah aku nak berganjak, dan mungkin dia pun berperasaan macam tu walaupun rindu aku tak boleh nak dinafikan.
Aku tak dengar cerita Meiy sejak tiga hari yang lepas. Tak tahu bagaimana dia menjawab peperiksaan kemasukan pada hari itu.
Loverboy masuk hospital sebab salur nafas dia tersekat akibat meniup belon sebanyak 200. Aku dah cakap, suruh pakai airgas, dia degil. Akhirnya doktor terpaksa buang ketulan tepung di saluran nafas loverboy dan untuk pertama kali aku melarang dia untuk merokok satu hari. Aku risau macam nak tercirit, sebab aku tak berada bersama dia.
Dia ok sekarang. Aku memang rindu tahap nak menangis golek-golek pun ada. Terfikir, nanti kalau masuk kampus balik, aku dan dia boleh jadi macam dulu ke?
You know that I love you right baby?
Tajuk cerita aku tak dapat lagi. Hanya buat sampai yang aku boleh siapkan. Kalau dulu dalam masa sehari aku boleh siapkan 100 muka surat. Untuk kali ini? Hanya tiga muka surat satu hari kerana aku sibuk cari Aiman dan cium-cium dia.
Exited nak tengok Syurga Cinta Isnin ni. Papa dah book satu panggung di Cineleisure bagi semua staff Gloria Jeans dan Forest Secret untuk menonton tayangan perdana Syurga Cinta. Uncle Troy pun akan datang. Dia faham ke Bahasa Melayu? Aku dan Nana memang sentiasa mencelah bagi event yang macam ni.
Papa pula macam dah makin rapat dengan Edrie Hasyim dan Amy Search. Semua gara-gara nak bodek papa untuk sponsore. Papa cakap, raya tahun ni papa nak ajak diaorang. What the ****
Raya tak lama nak sampai. Tahun ni tema aku dan kekasih warna emas. Aku tak sabar nak beli kain di Euro Moda ataupun Gulatis. Nak buat baju kebaya. Aku dah lama tak beli baju raya yang baru. Raya tahun ni, agak kurang meriah sebab beraya di Shah Alam. Lagi meriah kalau di Bentong. Tak sabar nak makan laksa Johor dan ala-ala di Jeram. Meleleh air liur.
Kau orang semua dah ganti puasa? Marilah kita ganti sama-sama.

3 comments:

fyra said...

kesian wanfi.
adus.
kimie...
syurga cinta besh woooo.
fyra tgk da tahap nanges dah...
fyra nak tengok lagi !!!

RUSH said...

i miss u...

Hectic! said...

moga wanfi sihat jek...

Kimie, be hapy je la...