Aku tak dapat tidur dengan tenang. Sumpah sering terjaga kerana hati tak sedap pelbagai. Aku tak suka lah berperasaan begini. Lagi-lagi dalam keadaan aku yang tidak terurus. Tak dapat tidur dengan tenang kerana asyik berfikiran bukan-bukan kemudian, mula lah hati memberontak macam-macam.
Naik ke bilik, aku terus baring. Lemah sampaikan mata pun memberat nak buka. Mungkin letih kerana petang semalam masih tidak hilang. Timbul pula cetusan masalah. Membuatkan aku banyak berfikir dan tidak dapat tidur dengan tenang.
Lagi-lagi kata tidur tidak tenang.
Bila tidak dapat tidur dengan tenang, mula lah aku lakukan perkara yang bodoh untuk tidur.
Menghempas muka ke dinding dan tangga katil. Memukul-mukul kepala berulang kali. Menampar-nampar muka berulang kali. Mencakar-cakar muka sehinggakan meninggalkan parut yang hodoh. Padan dengan muka aku sendiri. Aku nak tidur dengan tenang lah, faham?
Bangun terasa muka bengkak. Sakit kerana kelakuan aku yang bodoh malam tadi. Parut ada, macam cantik pula. Sepanjang perjalanan aku turun ke bawah, mata-mata semua memandang, tertanya-tanya kenapa dengan aku. Melihat parut yang terpampang di muka.
? : Eh, kenapa muka?
Orang yang tidak dikenali pun boleh menegur, cuba kalau orang yang terapat pula yang menegur?
Aku puas mungkin, setelah berhempas pulas cuba untuk tidur, aku dapat tidur, walaupun sekejap.
1 comment:
u pelik
Post a Comment