Rasa nak muntah, pengsan semuanya ada. Mungkin disebabkan sejak pagi tadi aku tidak pulang ke rumah. Ke hulur ke hilir dengan membawa beg yang berat, dan beg yang digedong. Lemau sudah menular. Peluh masih lagi tidak melekat. MakYong hari ini hanya lima minit sahaja bersama PakYa dan lain-lain.
Tak balik sebab menghafal dialog bagai nak rak, akhirnya disuruh balik.
Nak muntah lah, hmmm
Tiba-tiba aku rindu dengan Hana, Ika dan Darweena. Eh lupa sebut satu nama, Ili. Lagi satu nama, Shekin. Mungkin lebih meriah dan hilang muntah aku bila mereka bersama menceriakan hati aku lagi. Bila lagi nak naik gila-gila bersama mereka? Bila lagi nak usik-usik tetek dengan mereka? Bila lagi nak ngorat-ngorat mamat tepi jalan dengan mereka? Bila lagi nak berpakaian seperti artis dan dipandang oleh semua orang dengan mereka? Bila lagi nak lepak NZ sambil shisha hingga naik pening, dan tekak sakit dengan mereka?
Jangan lupa Haiqal sekali.
Rasa tak sabar nak balik cuti sem berjumpa dan berkumpul ramai-ramai macam dulu. Keluar KLCC bersama-sama sambil mengutuk budak-budak sekolah yang duduk melepak di entrance sedangkan satu ketika dulu kami pun pernah buat. Kalau datang KLCC hanya bawa RM20 pun cukup.
Dah lama tak lepak Damai, dan main snooker.
Dah lama tak pergi ke Malis dan mengusik pondan-pondan yang ada.
Sumpah tekak loya sekarang.
Tak lama lagi juga, aku akan berpisah pandangan dengan kekasih untuk cuti yang lama. Lama, sangat lama. Lama tak berjumpa kerana kerja dan belajar aku mungkin akan terima. Terima dengan hati yang terbuka, walaupun berat untuk melepaskan. Rindu lah nanti nak bau ketiak.
Kejap-kejap rasa betul-betul nak muntah.
No comments:
Post a Comment