http://www.emailcashpro.com

Wednesday, April 8, 2009

Regret dan puas

Menyesal sebab parut ini meninggalkan sakit. Lagi-lagi bila air mula menyimbah ke muka, dan terkena setiap garisan parut ini. Dan kekasih pula berlari ke klinik mengambil ubat. Lagi bertambah sakit.
Menyesal.
Puas kerana akhirnya aku dapat melepaskan marah dan geram terhadap aku sendiri (senyum bangga) biarlah kita menyakiti diri kita sendiri dari menyakiti orang lain. Sumpah semalam, aku nak tumbuk semua orang dengan darah yang meluap-luap. Akhirnya aku melepaskan marah kerana tidak dapat tidur, di muka sendiri.
Puas.
Sakit ni hilang, bila dapat bermanja. Itu lah segala jawapan kepada kesakitan.
Aku memang manja yang terlampau ekstrem bila dengan kekasih. Berpewatakan seperti matang, tetapi sebenar perangai aku masih kanak-kanak. Aku memang suka dimanjakan, apatah lagi bermanja. Lagi-lagi bila cium-cium telinga (gedik mula dah)
Jawapan untuk menghilangkan stress adalah dimanjakan.
Ya aku memang budak-budak. Jadi? Pergilah jauh-jauh jangan sibuk pertikaikan.
Macam kelakar pula bila bermanja dengan parut yang ada di muka.
Tadi aku pergi Hari Skrin. Mata aku mengecil memandang siapa tetamu jemputan. Ohhh Farid Kamil. Teringat masa dia terkejut melihat aku di sini, kerana dia masih mengingati aku berada di rumah Nurman KRU. Menunggu pengumuman siapa yang akan menang untuk filem pendek terbaik. Hasilnya, filem pendek yang menang tidaklah mendapat reaksi terbaik daripada aku. Hanya boleh mendapat lighting dan editing terbaik sahaja. Maaflah ini perngakuan jujur.
Walaupun cerita itu, sama dari kisah sebenar seorang budak lelaki di Taman Melawati membunuh ibu bapanya dan menanam mereka berdua di dinding, sebelum itu dikerat-dikerat, akhirnya budak lelaki itu membunuh diri dengan menggantungkan diri. Tidak tahu lah jika filem pendek ID ini mengikut ilham dari situ.
Memang tidak mendapat reaksi yang bagus daripada aku. Mungkin aku perlu melihat filem pendek yang lain juga. Katil Misteri juga ada mengikut iklan daripada luar negara. Situasi berbeza kerana Katil Misteri ambil di hospital, tetapi iklan luar negara itu, di tempat pelepasan roket.
Harapkan semester hadapan, dapat menghasilkan idea yang baru yang lebih lain.

No comments: