http://www.emailcashpro.com

Wednesday, December 10, 2008

Sesi bogel (jangan baca kalau tak sanggup)

Semalam aku tidur tanpa berseluar, tanpa memakai sebarang coli. Aku dah biasa tidak memakai coli di rumah kerana menyenangkan aku buat segala kerja terutama sekali masturbated. Sekarang ni tengah online, tahi mata masih lagi berkepul-kepul di celah mata, tahi gigi di celah gigi, bau-bau yang tak menyenangkan pun dah naik. Aku malas nak masuk kamar mandi untuk sekarang. Sekarang ni pun aku sedang elok memakai spender dan baju sahaja. Aku dah plan yang terbaik untuk hari ini, nak bawa kekasih ke Shah Alam dan berkelah di sana sambil-sambil tunjukkan tempat yang aku selalu lepak. Malangnya papa menghantar mesege yang buat aku celaru,

P : Papa dah takde duit. Kita bukan orang kaya kak. Cuti ni kakak yang paling banyak guna duit.

Aku nak balas macam mana, sebab papa hantar pukul 5:30 pagi. Kacau lah.

Malam ni nak hantar wan dan atok pergi ke Mandarin hotel. Harus guna duit juga kan?

Bila aku dapat tahu masuk ke kampus lebih awal dari yang dijangka, kepala aku berpinar-pinar mana nak cari duit. Dalam bank hanya tinggal habuk. Jangan cakapkan tentang dompet. Memang tinggal semut.

Dah lama aku tak bogel-bogel dengan teman-teman yang lain. Kalau nak rasa tampar muka aku yang herot-berot ni tamparlah. Sebab mungkin aku tidak akan rasa apa-apa untuk sekarang. Macam tak ada perasaan. Aku basuh pinggan tadi pun separuh. Angkat kain jemuran yang kering pun spender dan bra sahaja.