http://www.emailcashpro.com

Thursday, December 11, 2008

No finish-finish

Kalau anda betulkan ayat aku ke Bahasa Melayu tentu lebih faham. Dua tiga hari aku tak luak melihat. Bila dah masuk hari kelima makin menjadi-jadi. Aku makin jelik. Geram pun satu.

Tentang kes tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Nak salahkan orang kita tak tahu nak salahkan siapa. Tetapi inilah petunjuk Tuhan. Allah dah tunjukkan tentang runtuhan Highland Tower, dan meragut 48 nyawa, untuk seminggu dua konon insaf. Untuk tahun ni? Dah makin menjadi-jadi, sebab duit dalam poket banyak menimbun tak tahu nak buat apa. Dah tahu bukit-bakau itu pasak dunia/tiang,lagi mahu cari pasal.

Allah dah tunjuk, tetapi insan yang bebal masih lagi tak memahami.

Eloknya, Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana memang bahaya untuk diduduki.

Dan paling bodoh, kenapa harus buat kawasan perumahan dan menebang pokok-pokok hijau. Kau boleh buat benda yang lagi berfaedah, dari kau dapat duit dan kemudian kau juga yang disaman. Kau boleh buat rumah hijau, ataupun kawasan tropika. Bukan kah itu lagi elok.

Untuk kali ini, semua kawasan perumahan yang baru dibina, semua harus diberhentikan.

Kalau aku ada kuasa, sudah lama aku bersuara. Kalau aku akan kekuatan, sudah lama aku turun padang menolong mangsa-mangsa tanah runtuh yang rumahnya ranap sahaja bukan yang tinggal di kondo tu.

Lagi satu aku jelik, tak habis-habis dengan aduan yang macam budak darjah enam. Kau nak saman anggota yang kata kau bodoh? Kau nak maki-maki sebab orang tak tolong kau? Kau cakap

OB: Ada ke dia cakap saya bodoh? Kami ni mangsa, tolonglah.

Kau bukan mangsa, yang kehilangan darah daging kau. Kau bukan mangsa yang kehilangan duit berjuta-juta. Kau hanya 'mangsa' yang terpaksa dipindahkan. Rumah kau masih elok. Harta-benda kau masih ada. Darah daging kau masih selamat. Kenapa mangsa yang lebih teruk ni, tiada membuat aduan apa-apa dan hanya redha, berlainan pula kau yang hanya berpeluh mengangkat barang punggah sana-sini.

Kau tak bersyukur satu. Buat malu kaum wanita.

Lagi seorang, kaum lelaki pula. Maki-maki depan kamera nak tunjuk yang dia pandai maki orang. Well hello, sukarelawan sanggup tak balik kampung, sanggup tak berjumpa dengan keluarga, sanggup tidak tidur nak menyelamatkan mangsa, ini yang mereka dapat. Maki kau yang sampah ini?

Ramai yang memberi kemudahan pada kau orang semua. Memberi tempat tinggal, di hotel lagi. Memberi makanan secara percuma. Manusia ni ada lagi perasaan yang mahu membantu, ada perasaan kasihan. Jadi bila orang dah menghulurkan bantuan semanisnya mengucapkan terima kasih. Bukan kau orang nak masuk televisyen buat glamor dengan menyaman sana sini.

Orang yang paling bodoh orang yang meluluskan projek perumahan di kawasan bukit. Kalau anda nak tahu, kawasan berbukit ini, dahulunya beratus tahun dahulu ia adalah sungai. Sungai yang tertanam dalam sedalamnya. Bila tanah makin lama makin terhakis, jadi air-air sungai ini akan mula timbul. Ini kuasa Tuhan, kita tak boleh nak pertikaikan.

Kalau manusia masih lagi tak nampak petunjuk Tuhan untuk kali ini, memang bebal.

Selamatkan bumi hijau.

Untuk mangsa yang kehilangan, Al-Fatihah.

Untuk mangsa yang tidak bersyukur, cepat-cepat taubat.

Untuk orang yang meluluskan projek ini, pandai-pandai lah kau tanggung malu.

No comments: