http://www.emailcashpro.com

Wednesday, April 24, 2013


Bismillah. 

Fuuuhhh fuuuhhhh kasihanlah Neverland dah bertepu lama aku tinggalkan tanpa khabar berita. 

Akhirnya setelah lima bulan aku bertungkus lumus, menyerahkan segala kudrat aku hingga tahap tak mampu aku sudah bebas. Sekarang masanya untuk menghargai masa dan orang-orang di sekeliling. Menebus kembali rindu, lepaskan madah. 

Dalam tempoh lima bulan ini aku banyak belajar. Banyak juga membuka mata. Banyak juga ilham yang Allah turunkan. Banyak juga anugerah yang Allah berikan. 

Aku ditimpa banyak ujian dan dugaan dari Tuhan. Disebalik aku terkapai kapai Tuhan bukakan hati aku dan berikan aku insan untuk membantu. Aku tak sangka. 

Perjalanan pun bermula. 

--

Orang yang ku sudah rasa tidak menentu, akhirnya kebenaran terpapar jua. Buat hati aku sakit, buat mata aku mengecil menahan amarah. Setelah lama aku menahan sabar dan bertenang, satu hari itulah yang membuktikan segalanya. Yang merubahkan segalanya. 

Cuaca yang setenang-tenangnya, tibanya pula hujan petir yang sangat lebat bila aku sudah tidak dapat menahan emosi. Inilah kali terakhir dan peluang untuk orang memijak kepala aku, menjatuhkan aku, mengkhianati aku. 

Allah Maha Berkuasa. 

Orang yang teraniayai sentiasa dilindungi Tuhan. Doanya sentiasa dimakbulkan jika benar teraniaya. 

Insan yang aku mohon di saat aku sudah lunyai, adalah orang yang paling busuk hati dan penuh dengan hasad dengki. Seorang lelaki yang sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki yang aku meletakkan kepercayaan telah meragut jiwa aku. Maka bencana pun muncul. 

Mata aku sudah terbuka luas dengan kebenaran niatnya. Tak sangka assistant aku boleh berniat untuk menjatuhkan aku dan tutup pintu rezeki aku dengan menyebarkan cerita yang bukan-bukan untuk mengangkat dirinya sahaja. Oh dialah yang hebat, oh dia sajalah yang benar. 

Alhamdulillah, perlahan-lahan Allah hapuskan niat jahatnya dan menjauhkan dirinya dari aku. Mujur aku ada insan yang melindungi aku. Perlahan-lahan Allah bukakan hati dan mata orang-orang yang menerima kata-kata dusta tentang aku dan mempercayai aku kembali. 

Aku masih lagi berdiri dan ada untuk orang-orang yang memerlukan hingga saat yang kali akhirnya. 

Segala jiwa yang aku letakkan dalam projek Bikin Filem dibuang buang hingga membuatkan aku terduduk, tapi disebabkan kesabaran dan yakin pada Tuhan, perlahan lahan aku dihargai. Aku tak minta untuk disanjung, atau perhatian tetapi cukuplah kau mengingati dan bukanlah mengambil kesempatan. 

--

The End.

No comments: