http://www.emailcashpro.com

Saturday, December 29, 2012


Abaikan gambar di atas. 

--

Syukur alhamdulillah. Aku tak pernah jangka aku dapat melihat keindahan ciptaanNya. Aku tak pernah jangka bahawa hati menjadi tenang dan boleh rasa bahagia. Aku tak pernah jangka Tuhan berikan aku peluang untuk explore benda baru. 

Dah lama tak bersenam. Daki bukit sorang-sorang. Pengalaman jumpa kubur. Pergi pula ke pusat pelacuran, masih sorang-sorang. Pergi Janda Baik sampai ke hujung kampung, masih lagi sorang-sorang. 

Banyak tempat yang aku tak pernah pergi, aku dapat melihat. Betapa seronoknya kenal tempat baru, kenal orang baru, tahu kebolehan diri. 

Alhamdulillah syukur. Tuhan limpahkan rezeki. Tuhan mendengar dan memberi. Sentiasa beringat. Sentiasa bersyukur padaNya. Hati ini milikNya, untuk menjadi tenang mintalah kepadaNya. 

Semakin dekat, semakin kuat dan tepat vision dan naluri aku. Sentiasa simpan untuk diri sendiri. Lihat apa yang jadi. Kalau benar, benarlah. Kalau tidak, hanyalah hasad hasutan Syaitan dan bukanlah detikan dariNya. Aku perlu belajar untuk membezakannya. 

Semenjak dua menjak ini, menjadi jadi vision aku menjadi benar. 

--

I love what I'm doing right now. Bila kita meletakkan hati kita atas sesuatu, insyaAllah semua akan okay. Bila hati kita ikhlas dan berusaha, insyaAllah semua akan okay. Percayalah. Percaya pada peluang. Percaya kepada sebab. Percaya kepada setiap dugaan yang berat datang, Tuhan akan memberi ganjaran lebih baik. 

--

Aku bukanlah berubah menjadi seorang muslimah yang hanya mahu katakan tentang Tuhan, tetapi sampai waktunya nanti kamu akan rasa apa yang aku rasa. Subhanallah, rasa syukur dan tenang. Aku bukanlah sebaik-baiknya, tidaklah pula memakai tudung dan masih tidak cukup lima waktu. 

Masa. Setiap perubahan ke arah kebaikan ada jalan dan masa. Setiap perjalanan itu, ada saja hikmahnya kita ketahui. 

Untuk pengetahuan semua, aku TIDAK berhijab sepertimana kamu semua lihat gambar di Facebook mahupun Twitter dan sebagainya. Aku mencuba. Mencuba untuk selesa memakai. Mencuba kerana DIA. 

Kesakitan dan negative vibe aku cuba elak. Sebabnya aku tak mahu disakiti lagi, dan tidak pula aku membenci. Cuma kamu semua sudah tidak penting dalam hidup aku, dan aku tidak perlu menceritakan tentang kamu. Hanya menambah benci. Kamu semua itu merujuk kepada kawan-kawan yang terasa dengan segala statement di atas. 

Segala pengalaman dikhianati oleh orang yang kita percaya, merubah perspektif aku. Tuhan mahu tunjuk siapa sebenarnya insan-insan yang aku curahkan semua kasih sayang. Jadi aku back off. 

Ramai lagi orang yang boleh menjadi kawan kita. Ramai lagi orang yang boleh membahagiakan. 

--

Yang paling penting misi 2013 ADALAH BERKAHWIN DAN BAHAGIA DI SAMPING SUAMI. 

No comments: