http://www.emailcashpro.com

Tuesday, July 24, 2012

Secara rasminya 24 jam tidak tidur. Sakit otak memaksa kepala dan mata untuk shut down kan memory. 

--

Kali ini aku dah punah. Punah segala harapan. Punah segala janji. 

Banyak bermenung. Banyak berfikir. Cuba untuk berfikir waras. Oh tidak, kalau waras orang kata beri peluang. Sedangkan peluang itu aku sudah berkali beri, tadah dengan harapan supaya tidak disakiti lagi. 

Dan sekarang aku sendiri terkurung dalam emosi. Hingga aku jadi murung dan lemah. Tak mahu bangkit dari katil. Tak mahu keluar dari bilik. Aku sendiri yang setkan minda aku menjadi begini. 

--

Beri aku masa. Masa tu tak lama, sebab nyatanya aku seorang pemaaf walaupun berkali-kali aku dipijak dan dibabikan. 

Aku perlukan kepastian, sebabnya aku tak mahu terduduk sakit lagi. Cukup aku berasa tidak malu berkali-kali aku memberi peluang. 

Aku yakin sangat yakin bahawa Allah sayangkan aku, kerana Allah makbulkan doa keikhlasan aku untuk meminta petunjuk. Allah menjaga aku walaupun setiap kali aku meminta ampun setiap kali itu juga aku buat palat. 

Aku yakin bahawa Allah ingin melindungi aku dan ingin memberikan kebahagiaan yang baru di mana dari dulu aku butakan mata. Dari dulu aku tepiskan kenyataan. Dari dulu aku degil dengan perasaan buta. 

--

Masa. Beri aku masa. Masa untuk aku pulih. Masa untuk aku dapatkan kepastian. Tak lama. Sekejap sahaja.

No comments: