http://www.emailcashpro.com

Sunday, July 22, 2012

Kejakunan aku update Neverland dengan memakai tab. Aku rasa sungguh urban sekali sebab aku bukanlah orang yang update dengan trend mahupun gadget yang melibatkan kegilaan orang ramai terutama sekali Instagram. 

--

Klise kalau sebut mahu menjadi orang yang lebih berguna di bulan puasa, tapi itulah tujuan aku. Dan bukanlah aku mahu memakai tudung ketika bulan puasa, tetapi cukup dengan sikap yang lebih sopan santun (dah memang tak ada ayat baku/drama yang aku boleh bagi) 

Moga di bulan puasa ini, rezeki aku lebih murah kerana jika ingin memikirkan hanya satu job untuk bulan puasa, masih tidak membantu aku untuk terus memakai duit di bulan-bulan yang akan datang. 

Raya tahun ni sama dengan raya dua tahun lepas. Hari pertama puasa, Aiman jadi emosi dan sensitif. Asyik merungut, asyik mendengus, asyik menghentak. Aku faham dengan perasaan dia yang memerlukan seorang ayah. 

Cukup lah. 

Aku tidak mengharapkan orang untuk memahami kondusi aku, sebab orang memang punya sifat tidak ambil peduli dengan kesusahan orang lain. 

Cuma aku perlu beritahu bahawa, sebab itu aku punya tanggungjawab yang amat besar untuk pastikan Aiman dan mummy tidak hidup susah dan tidak rasa punah. 

Mereka punah, aku mati.

No comments: