http://www.emailcashpro.com

Tuesday, May 8, 2012


Bila malas bersenam, ambil pilihan untuk mencuba ubat perlangsingan badan. Tapi part tu tak best mana mana pun, yang best bila aku beli dari seseorang yang dah lama aku tak jumpa untuk sekian lama atas sebab bini dia sudah mengandung anak kedua. 

Apa salahnya mencuba dari tak mencuba langsung, betul tak? Hari ini hari pertama. Dah hari kesepuluh nanti aku beritahu macam mana dengan resultnya. Kalau masih tak berjalan, hmmm. Tak payah lah beli produk perlangsingan badan dah lepas ni. 

--

Aku bukan nak kurus cekiding mana pun, asalkan kurus boleh mampu beli size S (itu mengarut) size M cukuplah. Asalkan beli seluar tak sangkut pada peha. Asalkan beli baju tak nampak bonjolan perut comel aku. 

Untuk kali ini, aku cuti selama seminggu. Dalam masa seminggu, aku cuti kaw-kaw sebabnya takut dah nak start shooting tiba-tiba boss panggil masuk office. Tu yang aku tak berapa nak gemar. 

Dalam pada itu juga aku bersyukur sebab mampu bagi duit belanja pada mummy dan belikan dia purse sempena Hari Ibu yang jatuh pada hari aku shooting. Tak nak dia merajuk, aku bawa dia jalan-jalan awal lagi ni. 

Ayat aku dah tak berapa nak power macam dulu lagi mungkin sebab busy sangat (tak tahu lah busy apa). Nak dapatkan ayat yang power kena dalam emosi tak stabil baru boleh luah haru-biru. 

Semenjak dua menjak ni asyik belek laman blog gossip. Ahhh sudah. Baik baca blog yang berilmiah sikit. Kbye.

No comments: