http://www.emailcashpro.com

Sunday, April 22, 2012

Banyak benda nak difikirkan dan merungut. Tak habis-habis. 

--

Lepas bulan 5, masih lagi tak nampak apa yang aku nak buat. CUTI. Ya, itu idea paling bagus sekali. Cukuplah buat masa sekarang bila cuti sekadar mulut sahaja, tetapi otak masih ligat memikirkan kerja. Stress bila dapat orang yang stress bekerja. 

Aku banyak diam. Sebabnya aku masih 'muda' takut kalau cakap banyak katanya 'banyak benda lagi kau belum belajar'. Kadang-kadang orang tua macam ni kena berfikiran terbuka, jangan terikut-ikut dengan cara orang lama.

"apa otai suruh kau buat, kau kena ikut kalau tak kena tibai"

Puihhhh. 

Kalau aku buka syarikat sendiri, KALAU lah ya...

1. JANGAN STRESS ATAU TARIK MUKA. TARIK MUKA BAYAR.
2. Tegur secara baik, bukan maki hamun tunjuk kau bagus.
3. Semua orang pun bekerja, bukan kudrat kau seorang sahaja yang keluar.
4. Kalau stress, kita NYANYI dan MENARI. 
5. FAMILY. Ini yang paling penting sebenarnya.
6. Enjoy.
7. Bersikap terbuka. 

Dan macam-macam lagi. Mungkin ada sesetengah berpendapat kalau macam ni, tentu banyak orang pijak kepala. Sampai bila nak setkan minda macam tu? ADA ok ADA. 

--

Aku pun tak tahu nak buat apa untuk masa depan. Masih lagi.."nak jadi apa sebenarnya ni?"

Kan senang jadi #retis habis cerita.

No comments: