http://www.emailcashpro.com

Friday, February 3, 2012

Sekejap sahaja khabar berita gembira. Kemudian hilang, terpinga-pinga mata berkelip-kelip.

"Eh kejap je?"

Dua hari lepas I dapat offer jadi scripwiter untuk program remaja di RTM bagi 30 episod. Shooting mula bulan empat sampai bulan 12. 

Kemudian sepi tak berkata. Nak call takut dikata "eh eh minah ni, kalau aku tak call balik maknanya kau tak dapat lah"

Sedangkan job itu yang dihulur, bukan aku meminta. 

Tak apa. Aku sabar lagi. Mungkin Tuhan mahu tunjukkan sesuatu. 

Dah masuk awal bulan 2, masih lagi kabur malah jauh sungguh kelihatan job. Dah cuba sehabis baik, dan aku perlu lagi usaha lebih. Entah bagaimana caranya lagi. 

Ramai orang kata "tak apa, perlahan-lahan. bukan sekarang bukan rezeki kamu"

Rasa nak balik Bentong, mengadu dengan Wan dan Atok. Mesti dimanjakan tahap maksimum dan diberi duit belanja yang banyak serta makanan yang enak-enak boleh membuatkan aku bertambah gemok. Hmmm.

No comments: