http://www.emailcashpro.com

Monday, July 11, 2011

Kita dah cuba sedaya upaya.

Kita dah cuba untuk memahami.

Kita dah cuba untuk memberi peluang.

Kita dah cuba untuk memahami setiap permintaan dan juga cuba untuk bertoleransi. Kita dah cuba untuk menjaga keamanan.

--

Pagi itu aku bangun. Aku pandang ke luar tingkap. Sesekali imaginasi dan naluri aku begitu kuat.

"Mereka dah bersedia"

Aku tidur balik.

Petang itu aku bangun. Cepat-cepat tanya mummy...

"Mummy...berita cakap apa"

Terus buka Twitter. Terus buka TV.

Ya Allah. Naik bulu roma aku. Aku berasa takut. Aku berasa kasihan. Takut kerana mereka yang berhimpun dan tidak berhimpun akan menjadi mangsa. Yang berhimpun akan disakiti. Yang tidak berhimpun akan mula rasa takut. Kasihan kerana mereka yang berhimpun akan disakiti. Kasihan kerana mereka tidak berhimpun tidak berani keluar rumah dan terpaksa stuck di dalam kesesakan jalan raya untuk tempoh yang lama.

Untuk mereka yang berhimpun:

Tidak kah kamu sedar bahawa setiap manusia itu tamak dengan keinginan diri sendiri, dan akan memikirkan tentang keinginan orang lain setelah mendapat apa yang kamu mahukan. Tidakkah kamu sedar bahawa permainan politik ini bukanlah hanya dilakukan oleh Kerajaan, tetapi setiap dari kamu juga. Setiap dari kita juga.

Tidak kah kamu sedar bahawa setiap dari kamu satu hari nanti akan sedar, bahawa jika Kerajaan turun sekali pun, RASUAH tetap ada, JENAYAH POLITIK tetap ada, TAMAK tetap ada, yang paling penting adalah MEMERINTAH untuk merasa diri itu kuat atau 'Tuhan' dan DUIT untuk kesenangan sendiri.

Tidak kah kamu sedar, kamu telah meletakkan diri kamu di dalam keadaan bahaya dan membuatkan saya hampir menangis melihat ramai orang yang cedera? Tidak kah kamu sedar bahawa aku kasihan melihat ibu-ibu yang berhimpun membawa budak kecil dan terpaksa berlari-lari kerana ada gas pemedih mata kemudian menyalahkan pihak polis kerana berkasar dan bukannya menjaga rakyat?

Tidak kah kamu sedar bahawa kamu telah membuatkan ramai peniaga takut, dan mereka terpaksa menutup gerai kerana takut diroboh atau dirosakkan. Kamu bukan seorang kepala. Kamu ramai kepala yang punya niat yang jahat.

Tidak kah kamu sedara rakyat seperti aku yang neutral tidak menyokong mana-mana pihak hanya mahukan keamanan? Tidak cukupkah negara kita yang sudah aman?

BUKAN NEGARA KITA SAHAJA YANG PUNYA RASUAH DAN PERMAINAN POLITIK. BUKAN KITA SAHAJA! SEMUA NEGARA PUN MACAM TU.

Kalau kamu naik, benda ni tetap sama akan berlaku.

Kalau kamu menentang Kerajaan, JANGAN BELAJAR DI TEMPAT KERAJAAN DAN JANGAN KERJA DI TEMPAT KERAJAAN.

CUBA MEMAHAMI SEMUA ORANG. SEMUA ORANG. Yang tidak bersalah dan dalam kondusi yang merbahaya.

Kasihan Anwar Ibrahim. Kasihan. (ini bukan perli, ini jujur)

Kasihan kamu semua. Aku doakan kamu semua tidak mendapat kecelakaan dan juga kesakitan. Aku doakan kamu semua sentiasa mendapat ketenangan di dalam diri.

CUBA MELIHAT KEKURANGAN DIRI SENDIRI DAHULU KEMUDIAN MELIHAT KEKURANGAN ORANG LAIN.

Sekali lagi aku tegaskan. AKU TIDAK MENYOKONG KEDUA-DUA BELAH PIHAK. Hanya mahukan keamanan seperti sebelum 9 Julai 2011.

No comments: