Monday, April 18, 2011

Aku tak tahu kenapa perempuan memerlukan lelaki, dan lelaki memerlukan perempuan. Niat kita tak pernah nak nampak, dan tak tahu sama ada niat itu baik ataupun buruk melainkan seseorang itu dilahirkan dengan kurniaan boleh melihat sifat seseorang.

Aku paling tak suka untuk sakit hati, bertikam lidah, bertegang urat, nak menangis, nak belas kasihan, nak minta belas kasihan dan sebagainya. Aku dah muak, dan berkali-kali aku dipijak dan ditahikan.

Aku takut nak berkahwin walaupun aku suka dengan idea perkahwinan itu. Takut nak bergaduh, takut untuk berubah, takut dicurang dan curang, takut untuk semuanya.

Melainkan ada datangnya seorang lelaki yang mampu mengubah pandangan aku terhadap sesuatu perkahwinan ataupun perhubungan. Aku takut untuk berada dalam perhubungan yang hanya pura-pura ataupun untuk menjaga hati.

Aku memang emosi yang agak teruk sekarang ni. Aku perlukan seorang lelaki yang ada harga diri, pandai menjaga keluarga, pandai menjaga nama, tahu bagaimana untuk berdepan dengan hidup dan bukan dengan merengek. Aku perlukan jantan, bukannya lelaki.

No comments: