Sunday, March 13, 2011

Rasa nak lompat bintang banyak kali (kalau badan ni mampulah) sebab tadi sempat mandi sungai di Janda Baik. Menjerit pong-pang-pong-pang macam tempat tu kita punya. Siapalah yang tak kenal dengan aku ni.

Rasa bebanan file dalam kepala, dah release sikit sebab dapat juga lepaskan dengan angin-angin dan derasan air sungai. Rasa luka dalam hati makin lama makin pulih.

Aku bergantung dengan diri aku sendiri sekarang. Tiada siapa yang membantu. Aku membantu diri aku sendiri. Cukuplah aku perbodohkan diri sendiri, dengan merasakan seorang diri tak mampu nak tangani masalah keluarga. Aku boleh sebenarnya.

Sebagai seorang anak sulung perempuan yang berlagak kuat tapi dalam hati sensitif ni, aku tak perlukan orang lain untuk menguatkan aku. Sebab aku sendiri yang menegakkan pendirian aku sendiri. Walaupun kadang-kadang kita perlukan orang untuk meluahkan sambil menangis dan minta untuk dipeluk tapi aku rasa semua tu angan-angan. Sebab kita sentiasa mahukan benda yang kita mahukan. Kita tidak fikir tentang orang lain yang mungkin mempunyai masalah lain.

Doakan yang terbaik untuk proses editing. Doakan kebahagiaan untuk aku. Sebab hadiah paling agung, adalah kebahagiaan.

1 comment:

nadia marissa mazlan said...

be strong baby girl.even if kita sangat jauh pada zahir,tapi batin i always stand by you.i'll pray for you :')